1.0 PENGENALAN
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.Di antaranya adalah Kadazandusun, bugis, Bajau,Murut,Iranun, Rungus,Kimarang,Kwijau,Lundayeh,Ubian, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa,Agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.[1] Setiap etnik mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Adat merupakan perkara yang sangat dititikberatkan semua etnik di Sabah ini, kehidupan mereka berlandaskan adat yang sejak turun temurun telah diamalkan. Kajian ini akan membawa kita mengenali lebih mendalam kebudayaan tiga etnik di Sabah antaranya ialah Bajau, Dusun dan Bugis.
2.0 ETNIK BAJAU
2.1 Sejarah
Bajau telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dahulu dan diiktiraf sebagai penduduk asli.Etnik Bajau merupakan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Masyarakat bajau yang tinggal di daerah Semporna adalah yang bekerja sebagai nelayan. Sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal sebagai penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.
2.2 Adat Kelahiran
2.2.1 Sewaktu Mengandung
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung.Antara adat tersebut termasuklah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.[2]Adat-adat ini dilakukan adalah untuk menjaga kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan tersebut.
2.2.2 Semasa Bersalin
Apabila sudah tiba masanya untuk si ibu melahirkan anak, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu,terdapat juga beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
Apabila sudah tiba masanya untuk si ibu melahirkan anak, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu,terdapat juga beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
2.2.3 Selepas Kelahiran
Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara yang akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.
Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara yang akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.
i. Rawatan Bidan
Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.
Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.
ii. Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti oleh seseorang wanita yang selepas bersalin.Antararanya ialah si ibu tidak boleh makan makanan sembarangan.Hal ini adalah untuk menjaga kesihatan si ibu yang baru bersalin.Selain memakan bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin. Seterusnya,si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.Selain itu,Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
iii. Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti oleh seseorang wanita yang selepas bersalin.Antararanya ialah si ibu tidak boleh makan makanan sembarangan.Hal ini adalah untuk menjaga kesihatan si ibu yang baru bersalin.Selain memakan bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin. Seterusnya,si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.Selain itu,Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
iii. Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
iv. Menimbang Bayi Bulan Safar
Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan daripada menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi tersebut akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.
Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan daripada menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi tersebut akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.
2.2.4 Adat Perkahwinan
i. Merisik
Adat merisik tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu.Sebelum perkahwinan berlangsung,upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Hal ini adalah untuk mengetahui sama ada gadis yang ingin dirisik sudah berpunya ataupun belum.Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan iaitu mengikat tali pertunangan.
ii. Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.
iii. Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan.Keluarga yang berada akan mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu,memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan,gong,bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni. Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki menunggu majlis akad nikah.[3]
2.5 Adat Kematian
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian.Hal ini kerana kedua-dua masyarakat tersebut sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara arwah tersebut telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian.Hal ini kerana kedua-dua masyarakat tersebut sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara arwah tersebut telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
2.5.1 Semasa Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka.Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
2.5.2 Semasa Pengkebumian
Selepas disembahyangkan, si mati akan dikebumikan. Apabila mayat sudah sedia untuk dibawa ke kuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan. Adat ini menyerupai adat masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Adakalanya bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan. Di samping itu,dua gong atau sulimbak akan dipalu dan tiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali. Pukulan dua gong ini lazimnya dikhaskan untuk orang yang berpangkat sahaja seperti panglima, maharaja, imam, bilal dan ahli agama yang lain. Bagi orang biasa yang tidak jelas pangkatnya, hanya sebuah gong dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja dilakukan.
Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa. Seterusnya upacara keagamaan sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain akan diadakan.[4]
Selepas disembahyangkan, si mati akan dikebumikan. Apabila mayat sudah sedia untuk dibawa ke kuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan. Adat ini menyerupai adat masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Adakalanya bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan. Di samping itu,dua gong atau sulimbak akan dipalu dan tiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali. Pukulan dua gong ini lazimnya dikhaskan untuk orang yang berpangkat sahaja seperti panglima, maharaja, imam, bilal dan ahli agama yang lain. Bagi orang biasa yang tidak jelas pangkatnya, hanya sebuah gong dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja dilakukan.
Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa. Seterusnya upacara keagamaan sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain akan diadakan.[4]
2.6 Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional masyarakat bajau berbeza dengan etnik lain di Sabah. Bagi kaum lelaki, mereka menggayakan potongan baju Cekak Musang,seluar,samping dan destar.Aspek-aspek ini mempunyai nilai dan makna tersendiri bagi suku kaum Bajau ini.Manakala bagi kaum wanita pula,baju tradisional mereka menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher,mandapun dan perhiasan kepala sarempak.
2.7 Tarian Tradisional
2.7.1 Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna. [5]
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang membawa bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Tarian ini merupakan tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling biasanya diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi.Secara tradisionalnya, penyanyi yang menyampaikan nyanyian adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kala,pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita.Terutamanya apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
2.7.2 Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)
Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum Bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul iaitu pernikahan.[6]
Tarian limbai ini diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini dianggotai oleh enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan.Dua orang merupakan pemukul gendang, dua orang pemain Gong dan seorang lagi pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan salah satu tarian tradisional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalunya ditarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini juga menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
3.0ETNIK DUSUN
3.1 Asal usul kaum Dusun
Masyarakat dusun merupakan kaum yang keluar dari daratan Asia melalui Semenanjung Tanah Melayu dan sampai di Brunei. Mereka membuat petempatan di kawasan pantai. Mereka menamakan kumpulan pertama itu Dusun yang kemudiannya dikenali sebagai Dusun – Tutong Brunei. Ada antara kumpulan itu yang disebut sebagai orang Brunei sebagai Bisaya. Mereka merupakan penduduk asli Brunei dan ada yang berhijrah di sabah.
Satu daripada Kumpulan itu dipercayai membuat petempatan di sungai Liwagu di kaki Gunung Kinabalu tempat terdapatnya banyak pokok aru merah atau dalam bahasa Dusun Nunukragang. Kumpulan ini menamakan diri mereka sebagai nunukragang sempena nama pokok tersebut. Nunukragang yang dikatakan sebagai masyarakat pribumi rumpun Dusun yang kini dikenali sebagai kadazandusun. Oleh itu istilah kadazandusun merujuk kepada sesiapa yang menganggap dirinya berasal daripada keturunan Nunukragang yang dipercayai berasal daripada Tanah Besar Asia dan berhijrah keluar bersama kumpulan orang melayu proto atau “ Indonesia” atau “ Indo - Malayan”
3.2 Kepercayaan orang Dusun
Orang dusun juga tahu dan yakin bahawa adanya syurga dan neraka di akhirat nanti, yang mesti dialami oleh seseorang yang sudah mati. Bagi orang yang beramal baik ketika hidup di dunia, mereka akan masuk ke syurga. Manakala orang yang berbuat jahat pula ketika hidupnya di dunia akan masuk ke neraka. Orang Dusun percaya, bahawa Tuhan mereka satu sahaja, namanya Kinorohingan, dan bersemayam di lain dunia. Walaupun tuhannya itu hanya satu, tetapi menurut kepercayaan mereka, Kinorohingan itu mempunyai isteri yang bernama Yumun atau umun, dan mempunyai dua orang anak lelaki, yang tua sekali bernama Logon. Dalam pemujaan, Umun ini mempunyai mentera yang khusus.
Anak Kinorohingan yang sulung iaitu Logon, dikirim oleh Kinorohingan ke dunia ini, untuk memimpin manusia ke jalan yang benar, dan membina dunia ini bagi kesejahteraan manusia. Tetapi anak sulung Kinorohingan ini sudah mengingkari perintah Kinorohingan. Logon berbuat jahat di dunia ini dan membantuk pengikutnya untuk bertindak melaksanakan kejahatan kepada manusia dan menanamkan unsur-unsur jahat dalam diri manusia. Untuk membetulkan keadaan yang buruk di dunia akibat perbuatan Logon maka, Kinorohingan mengirim pula anaknya yang kedua. Anak lelaki Kinorohingan yang kedua ini datang ke dunia bersama isterinya.
Anak ini segera menjalankan perintah ayahnya, tetapi disebabkan kerana pengaruh abangnya sudah begitu kuat, dan pengikut serta pasukan Logon itu sudah terlalu ramai, maka anak lelaki kedua Kinorohingan ini tidak terdaya lagi menghapuskan kejahatan itu seluruhnya dalam diri manusia.Pertarungan ajaran kebaikan dan pengaruh kejahatan inilah yang mempengaruhi hidup manusia di dunia ini. Kelak jika mereka sudah mati, yang berbuat baik akan menerima balasan baik iaitu masuk ke syurga, manakala yang berbuat jahat akan menerima balasan siksa dan akan masuk ke neraka. Moral dan intisari pengajaran Kinorohingan ini ada termaktub dalam mentera pemujaan orang dusun.
Menurut kepercayaan orang dusun, Kinorohingan ini hidup terus di kayangan. Tapi dia tidak lagi mengirim anaknya yang lain datang ke dunia. Oleh itu terserah kepada manusia untuk mentaati atau mengingkari perintahnya. Sehubungan dengan kepercayaan ini juga, orang Dusun terutama yang dikaitkan dengan Pagan itu yakin, bahawa setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung kinabalu. Mereka menamakan gunung itu Aki Nabalu dan dalam mentera banyak sekali ditemui dengan sebutan Nabalu sahaja. Aki ertinya nenek moyang. Dan Nabalu ertinya tempat roh. Kelanjutan daripada keyakinan ini, ialah, roh yang mati itu tidak menetap di Gunung Kinabalu. Sebab bila tiba masanya, roh itu akan pergi ke tempat yang jauh, di seberang dunia untuk masuk ke syurga atau ke neraka. Bagi roh yang masuk ke syurga, dia akan menikmati hidup senang seperti juga kesenangan dalam dunia. Bagi roh yang masuk ke neraka, dia akan menerima siksaan dan tidak dapat menikmati kesenangan.
3.3 Peranan hukum Adat dusun
Untuk mengatur rukun hidup dalam masyarakat orang Dusun, mereka dikawal oleh undang-undang adat. Setiap pelanggaran norma-norma hukum yang berlaku dalam masyarakat, dijatuhi hukuman adat.
Zaman dahulu, hukuman yang terberat ialah hukuman mati. Hukum yang lebih ringan daripada itu, dikeluarkan daripada keluarga dan masyarakat sekitarnya dan dibuang ke tempat lain tapi masih terikat dengan keluarga. Selain daripada itu, inilah yang lazimnya terjadi iaitu dihukum membayar denda yang dinamakan sogit , sugit atau sagit. Sugit ini banyak jenisnya, dan berbagai puncanya yang timbul dari kesalahan seseorang dalam kehidupan sehari-hari. Umpamanya dalam aktiviti Mintarom. manakala, orang yang menjadi hakim dan juri untuk menentukan hukuman atas sesuatu pelanggaran undang-undang adat ini terdiri daripada orang tua-tua yang diakui berwibawa sah dalam masyarakat di tempat masing-masing. Penghakiman ini juga termasuklah hal-hal perkahwinan, perceraian, persemandaan, pembahagian harta pusaka, pembahagian harta pencarian, menentukan kadar sogit dan sebagainya.
Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diingkari. Pelaksanaan Sogit dilakukan dalam upacara istiadat dihadiri oleh semua pihak yang berkaitan menurut adat, lengkap dengan peralatannya.
3.4 Adat perkawinan dan Persemandaan
Masyarakat orang dusun yang bersifat agraris dalam bidang perkawinan dan persemandaan pada dasarnya sama saja dengan orang melayu di Nusantara khasnya, dan orang Asia Tenggara amnya.
Seorang suami orang Dusun boleh memadukan isterinya dan boleh bercerai hidup. Manakala pembahagian harta carian bersama suami-isteri yang bercerai itu diselesaikan menurut hukum adat. Hal ini sama dengan adat orang melayu yang berdasarkan fekah Islam.
Ingkar dalam pertunangan, atau memutuskan pertunangan secara uniteral, mesti diselesaikan dengan bayaran ganti rugi dari pihak yang ingkar kepada pihak yang diingkari. Ini juga diselesaikan menurut hukum adat. Seorang lelaki tidak dibolehkan meminang seorang perempuan yang sedang terikat dalam pertunangan. Seorang lelaki atau perempuan , tidak boleh sama sekali mengambil tunang orang untuk dijadikan isteri atau suami. Kalau ini terjadi, mesti diselesaikan dengan hukum adat iaitu membayar berbagai sogit dalam upacara istiadat yang dihadiri oleh semua pihak yang terlibat.
Ada dua hal yang jadi larangan besar atas sesuatu perkahwinan iaitu kahwin dalam lingkungan keluarga. Ini dinamakan mintarom atau sumbang. Satu lagi iaitu bila ayah atau ibu perempuan yang dipinang dapat mimpi buruk. Mimpi buruk terlalu erat hubungannya dengan tahyul dan mistik. Tapi ini tidak boleh dilanggar sama sekali dan tidak ada syarat yang boleh diselesaikan dengan hukum adat atau bayaran sogit.
Adat perkahwinan orang dusun lazimnya mereka akan berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi. Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.[7]
3.5 Upacara merisik
Sebelum dibuat peminangan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan, lebih dulu dilantik seorang orang tua, yang bukan ibu bapa dan bukan dari keluarga dekat lelaki yang hendak meminang itu.
Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi dan tidak boleh dijalankan pada waktu petang ataupun malam. Wakil pihak lelaki ini akan merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapanya jika perempuan tersebut tidak mempunyai ibu bapa lagi. Risikan pertama ini bertujuan untuk mengetahui adakah perempuan tersebut dalam proses risikan orang lain atau dalam proses pertunangan. Jika didapati perempuan tersebut dalam proses pertunangan, risikan tidak boleh diteruskan. Manakala jika perempuan itu dalam proses risikan dari pihak lelaki lain,risikan
yang datang kemudian ini ditangguhkan buat sementara sehingga mendapat keputusan yang muktamad dari risikan orang yang terdahulu itu.
Jika perempuan yang dirisik itu tidak bertunang ataupun tidak dalam proses risikan dari pihak lelaki lain, barulah orang tua wakil dari pihak lelaki boleh merisik dan bebas melanjutkan proses risikannya. Risikan ini dijalankam mengikut peringkatnya dan memakan masa selama berhari-hari, berminggu malah berbulan. Hal ini kerana banyak hal yang perlu diketahui oleh ibu bapa perempuan yang dirisik itu, atas diri dan keluarga yang merisik anaknya. Antaranya termasuklah susunan keluarga, akhlak, kemampuan dan sebagainya.
Peminangan di terima apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.
Selepas itu acara pertunangan yang menggunakan perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat.
Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.
3.6 Semangat padi dan kuasa komburongo
Semangat padi dipercayai memiliki kuasa ghaib yang dapat menyuburkan padi, menjaga ladang atau sawah padi dan meningkatkan hasil tanaman. Oleh sebab padi merupakan makanan utama beberapa upacara ritual dijalankan seperti memuja semangat padi. Jika upacara memeuja padi tidak dijalankan mereka percaya bahawa hasil padi akan terjejas. Semangat padi disebut sebagai Bambaazon atau Bambarayon.
Mereka juga dididik tentang kepercayaan terhadap kuasa ghaib Komburongo iaitu sejenis bahan yang digunakan Bobolian dalam upacara keagamaan dan pengubatan tradisional. Amalan tersebut diajarkan oleh nenek moyang dusun kepada anak cucunya kerana dianggap ilmu yang penting dan merupakan pendidikan yang amat berguna. Masyarakat Dusun meminta bantuan Bobolian untuk mengetahui punca penyakit dan memohon jasa baik Bobolian supaya mengubati penyakit tersebut. Bobolian dianggap sebagai pakar dalam ilmu roh dan kuasa ghaib dan juga dianggap sebagai doktor dalam pengubatan penyakit. Mereka juga dianggap sebagai ketua dalam suatu upacara keagamaan.
3.7 Tarian kebudayaan
Tarian Sumazau merupakan tarian yang ditarikan semasa majlis Tadau Kaamatan yang bertujuan untuk menyambut kedatangan “Bambaazon” (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi. Mereka yang menarikan tarian ini akan menggunakan pakaian berwarna hitam yang dihiasi corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Bagi penari perempuan, mereka dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollar). Manakala penari lelaki akan menggunakan tanjak disamping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.[8]
4.0 ADAT BUGIS DI SABAH
4.1 sejarah bugis di sabah
Sejarah bugis di Sabah bermula selepas kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.[9] Apabila rakyat Indonesia memulakan penghijrahan ke Malaysia terutamanya Tawau kerana sempadan yang bersebelahan atas faktor ekonomi. Penghijrahan golongan ini ke Sabah menjadi titik mula kepada perkembangan bugis di Sabah kerana etnik ini asalnya penduduk Indonesia. Namun, tahun demi tahun dan perkembangan institusi keluarga di Malaysia menjadikan bugis menjadi antara salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Etnik bugis merupakan antara etnik yang mempunyai pelbagai jenis adat dan sangat berpengang teguh pada adat yang diamalkan sejak turun-temurun.
Adat bugis yang berdasarkan kepercayaan nenek moyang mempunyai empat tujuan ritual yang dijalankan samada untuk keluarga sahaja atau untuk orang ramai iaitu :
i. Ritual menghadapi masa krisis
ii. Ritual mengharapkan keselamatan
iii. Ritual menghindarkan malapetaka
iv. Ritual rasa kesyukuran
· Mengikut kepercayaan orang bugis, apabila ingin melaksanakan semua upacara ritual tersebut ia mesti disertakan dengan inti ritual iaitu persembahan yang berupa sajian makanan (sasajen) seperti:
i. Onde-onde
ii. Benteng (padi yang digoreng tanpa minyak)
iii. Air appasili (air mentah)
iv. Alannota (sirih dan pinang)
v. Pisang
vi. Pembakarakan dupa (api yang dinyalakan dengan kemenyan)
vii. Bungasa (pelengkap sajian)
· Selain itu, terdapat juga sajian tambahan sebagai pelengkap kepada upacara ritual yang dipanggil jak-jakan yang terdiri daripada beras, kelapa, gula, lilin, kain putih, duit dan rokok.[10] Terdapat juga mereka yang menyertakan darah haiwan yang disembelih. Apabila selesai upacara ritual tersebut jak-jakan akan diserahkan kepada yang mengetuai upacara tersebut sebagai tanda terima kasih.
4.2 adat bugis dalam upacara kelahiran
Seperti adat melayu islam dalam menyambut kelahiran bayi, adat bugis juga menjalankan upacara yang sama iaitu mendengarkan azan di telinga bayi yang baru lahir bagi lelaki dan iqamah bagi bayi perempuan. Tetapi, terdapat juga perbezaan dalam adat bugis terdahulu iaitu malaungkan azan atau iqamah pada hari ke tiga waktu maghrib kepada bayi tersebut yang bertujuan untuk mendengar suara islam pada awal kelahiran.[11]
Mengikut adat bugis, tembuni atau uri bayi akan ditanam mengikut tatacara adat bugis dengan memasukkannya ke dalam tin yang diletakkan bersama tulang ikan, buku, pensil dan jarum.[12] Terdapat juga yang memasukkan cebisan atau al-quran kecil bersama-sama tembuni tersebut. Kesemua bahan-bahan yang dimasukkan mempunyai maksud yang tersendiri untuk kebaikan bayi apabila dewasa kelak. Sebagai contoh, mengikut kepercayaan mereka apabila al-quran dimasukkan bersama-sama tembuni dengan harapan supaya bayi tersebut pandai mengaji al-quran.
Selepas itu, tembuni tersebut akan ditanam bersama-sama bahan yang dimasukkan dan diletakkan kelapa diatas tembuni yang ditanam sebagai tanda dan di nyalakan lilin yang berlanjutan selama satu hingga tiga minggu (temu bual bersama Musta Sirat pada 20 Jun 2003).[13] Mengikut kepercayaan bugis, hal ini dilakukan supaya fikiran si anak sentiasa terang dan tajam.
Adat kelahiran juga diadakan adat caru-caru dan tompolo yang merupakan ritual orang bugis. Selain itu, aqiqah turut dilaksanakan tetapi mengikut adat bugis ia dinamakan maccera’ . dalam upacara maccera’ ini sebanyak lima puluh hingga seratus biji telur diikat dengan kayu bamboo dan dihias dengan kertas berwarna. Seterusnya digantung di batang pisang. Selepas itu, upacara menggunting rambut dijalankan seperti biasa dengan gunting di basahkan kedalam air kelapa.simbol ini berkait dengan harapan bayi kuat dan berguna seterusnya ialah memasukkan manisan ke dalam mulut bayi yang memberi maksud agar ayat yang dikeluarkan bayi itu kelak adalah ang baik.[14]
4.3 ADAT DALAM UPACARA PERKAHWINAN
4.3.1 Mamanumanu atau mapesiare’keng
Mamanumanu ini merupakan adat merisik oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan, tidak kira samada perempuan tersebut sudah dipinang atau belum. Sebelum adat ini dijalankan, abang sulung dalam keluarga lelaki tersebut akan ditugaskan untuk menyelidik latar belakang keluarga perempuan yang ingin di risik. Berbeza daripada adat etnik lain, dalam adat bugis terdahulu kaum wanita tidak akan diberitahu tentang bakal suami dan hanya mengetahui mereka akan dikahwinkan apabila persiapan sedang dijalankan (Miller, Susan Bolyard 1981:108; Christ Pelras 1996:157).[15]
4.3.2 Maduppa atau mattamba
Adat ini merupakan upacara untuk menjemput saudara mara yang biasanya dilakukan oleh dua orang wanita yang telah berkahwin, mereka akan berkunjung dari rumah ke rumah saudara mara dengan membawa dulang yang berisi rokok dan mancis.[16] Tetamu dikehendaki membakar rokok terutamanya yang mempunyai anak dara agar cepat mendapat jodoh. Berdasarkan pemerhatian pada zaman sekarang upacara membawa dulang yang berisi rokok ini telah berubah dengan menggantikannya dengan gula-gula untuk diberikan kepada tuan rumah yang di jemput.
4.3.3 Napissilli
Adat ini merupakan adat untuk memohon kepada Allah swt untuk kelancaran majlis yang akan diadakan kelak.adat ini dilaksanakan ketika matahari sedang naik di halaman rumah iaitu sekitar jam 9 pagi dan dilaksanakan dua hari sebelum pernikahan dijalankan. Pada hari tersebut, pengantin akan menggunakan pakaian biasa yang tidak terlalu lusuh (Megawati Ibrahim 1998:82-83). Selepas sahaja upacara selesai, pakaian tersebut akan diserahkan kepada Indo’ Botting.[17]
4.3.4Akad nikah
Upacara akad nikah dijalankan mengikut tatacara islam. Upacara menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di kenali sebagai ‘mendre kawing’ dan kedatangannya diiringi bersama pembawa sompa-sompa dan disambut oleh rombongan penyambut tetamu daripada pihak perempuan yang terdiri daripada ‘duppa-duppa’ iaitu seorang remaja perempuan, seorang lelaki dan dua orang ‘pakussu-kusu’ iaitu dua orang yang telah berkahwin, seorang ‘pangampo benne’ dan seorang wanita ‘pasuppa botting’ (Migawati Ibrahim 1998:100).[18] Upacara ini dijalankan semasa hendak menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk menjalankan upacara akad nikah.
5.0 ADAT BUGIS DALAM UPACARA KEMATIAN
Adat kematian bagi etnik bugis mempunyai banyak pantang larang dan upacara yang dijalankan namun, bagi upacara mengkebumikan mayat ia dijalankan mengikut syariat islam. Seperti yang selalu diamalkan oleh semua etnik, apabila berlaku kematian pengunjung yang datang menziarahi bukan sekadar mengucapkan salam takziah namun akan memberikan sedekah atau dalam bahasa bugisnya sidakka untuk membantu keluarga si mati yang berupa wang, kain atau beras.
Setiap yang dijalankan mengikut syariat islam namun, terdapat kepercayaan ritual yang diwarisi daripada turun temurun tetap dijalankan.[19] Proses yang dijalankan adalah sama dengan etnik lain tetapi berbeza daripada segi istilah yang digunakan seperti pajenekang (menyiram air mandian mayat yang diiringi dengan bacaan doa), pasucina (menggosok bahagian badan mayat), pabbisana (membersihkan alat kelamin mayat) dan pamaralui (menyiram air mandian terakhir dan mewudukkan mayat).[20] Mereka yang menjalankan proses pajenekang, pasucina dan pamaralui tersebut akan diberikan pasidakka iaitu sebagai tanda terima kasih yang berupa pakaian si mati.
Semasa mayat diangkat anak-anak si mati akan di minta lalu dibawah keranda tersebut yang bertujuan supaya anak-anak si mati tidak rindu atau terkena badi kematian.[21] Selepas pengkebumian selesai, selama tujuh hingga Sembilan hari berturut-turut akan diadakan kandre allo-allona iaitu makanan seharian yang disediakan untuk dibaca dan makan oleh semua tetamu. Terdapat juga segelintir masyarakat bugis yang meletakkan pelita, allannota (sirih dan pinang) dan al-quran yang diletakkan di atas tempat tidur si mati. Pelita akan dinyalakan selama 40 hari kerana dipercayai roh si mati akan datang kembali.[22] Selepas semua upacara selesai dilaksanakan, kenduri arwah akan dijalankan pada malam ketiga, tujuh, 40 dan ke 100. Selain itu, ada juga pantang larang atau pemmali yang harus dipatuhi iaitu semua orang yang melihatnya tidak boleh menyentuh dinding (Siti Rugayah Haji Tibek 1994:40).[23]
6.0 KESIMPULAN
Sabah sebagai sebuah negeri yang penuh dengan adat kebudayaan pelbagai etniknya menggamit perhatian masyarakat seluruh dunia. Hasil dapatan yang kami perolehi, kebudayaan masyarakat di Sabah terutama tiga etnik yang kami kaji mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Adat yang dipegang diwarisi secara turun temurun sehingga ke genarasi pada hari ini. Daripada adat kelahiran sehinggalah kepada adat perkahwinan serta tarian traditional yang diamalkan ketiga-tiga etnik yang kami kaji mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa yang melihatnya.
Namun, melalui kajian yang kami perolehi sedikit sebanyak kebudayaan masyarakat bajau, dusun dan bugis di Sabah ini semakin mengalami perubahan selaras dengan peralihan zaman. Kebudayaan ketiga-tiga etnik ini hampir mempunyai persamaan kecuali cara perlaksaan yang dilakukan adalah berbeza dan istilah yang digunakan. Generasi muda sekarang semakin hilang nilai adatnya kerana lebih bersifat moden dan kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan, kebudayaan ini masih dipegang Cuma pengisian dan caranya lebih moden berbanding dahulu.
kenangan: semasa di lembaga
kebudayaan negeri sabah :)
>> bes bila dah lame berada d negeri sabah ini.. sgguh indah.. masyarakat yg mesra n kawan2 yg baek semua.. :) luf SABAH.. UMS.. >> eyda soleado >>