TAJUK : BAIK DAN BURUK FACEBOOK KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
PENGENALAN:
Teknologi di era globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan system sosial. Kehadiran media massa, seperti surat kabar, radio, televisyen dan internet, sebagai komunikasi abad modem telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.[1]
Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan Negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangt menentng penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia.
Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet digunakan dengan meluas dinihari ini kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cept dan padat walaupun maklumat itu belum pasti kesahihannya.
Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet digunakan dengan meluas dinihari ini kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cept dan padat walaupun maklumat itu belum pasti kesahihannya.
Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini (Iskandar 2010) yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Iskandar,2010).[2]Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamirkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi.
SEJARAH FACEBOOK:
Facebook adalah sebuah rangkaian sosial yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg lahir lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS).[3]
Idea terawal ketika dia bersekolah di Exeter High School, New HampshireSaat itulah dia berkenalan dengan Adam D’Angelo. Zuckerberg lulus dan masuk Harvard University, awalnya membuat program Coursematch yang memungkinkan mahasiswa di kelas yang sama hebat melihat daftar teman-teman sekelas. Projek selanjutnya membuat facemash.com. Di laman ini, para pengunjung boleh memberi komen keatas foto seorang siswa, dan membuat Zuckerberg dipanggil oleh Badan Administrasi Universitas Harvard kerana dianggap merosakkan sistem komputer kampus, melanggar peraturan priversi di internet, dan melanggar hak cipta.
Oleh hal demikian ia mebuat Facebook dan diterbitkan pada tahun 2004. Dalam waktu singkat dua per tiga mahasiswa Harvard jadi pengguna Facebook. Teman sebiliknya, Dustin Moskovitz dan Chris Hugh, berhasil mengembangkan rangkaian ini ke Universitas Stanford, Columbia, Yale, Ivy College, dan beberapa sekolah lainnya di wilayah Boston.dalam waktu yang singkat mereka telah memperkembangkan talian ini ke 30 buah sekolah.
Zuckerberg bersama Moskovitz dan beberapa teman lain pindah ke Palo Alto, California, pada musim panas 2004 dan menyewa rumah kecil buat pejabatnya. Oleh kerana ingin mengerjakan Facebook dengan serius mereka meninggalkan Harvard. Di pejabatnya itulah Zuckerberg bertemu Peter Thiel, Pendiri Paypal, yang memberikan dana sebesar US$ 500.000 ,merupakan invos pertama mereka sehingga mereka boleh berpindah ke pejabat yang lebih besar di Universitas Avenue yang dinamai sebagai pejabat “Kampus Urban”.
Pada 23 Ogos 2005 Zuckerberg membeli domain facebook.com dari Aboutface Corporation senilai US$ 200.000 atau sekitar Rp 1,86 bilion. Pada 2 September 2005, Zuckerberg memperkenalakan status Facebook khusus untuk anak-anak sekolah menengah atas. Hanya dalam waktu 15 hari sejak peluncurannya, sebagian besar sekolah di AS sudah menjadi anggotanya. Pada akhir tahun 2005, Facebook telah mempunyai sekitar 2.000 kampus dan 25.000 sekolah menengah atas di AS, Kanada, Inggris, Meksiko, Puerto Riko, Australia, Selandia Baru dan Irlandia.
Pada 27 Februari 2006, dia mulai mengizinkan para mahasiswa yang menjadi pengguna rangkaian ini untuk menambahkan siswa-siswa SMA sebagai temannya. Pada April 2006, pemberi dana kepada rangkaian pertama ini iaitu Peter Thiel, Greylock Partners, dan Meritech Capital Partners, menambah dana mereka kedalam rangkaian ini iaitu US$ 25 juta. Facebook pun masuk ke India melalui Institut Teknologi India dan Institut Manajemen India.Peter Thiel, memanggarkan status talian social ini dapat mencapai US$ 1 milion pada 2015. Pada saat itu, nilai perusahaan pun bakal menjadi US$ 8 milion.
Facebook membeli perusahaan Parakey Inc., dari Blake Ross dan Joe Hewitt, pada Juli 2007. Parakey adalah produsen aplikasi komputer yang mempermudah pemindahan data berupa tulisan, gambar dan video kesebuah status di internet. Bill Gates, pada Oktober 2007 membeli 1,6% saham Facebook berharga US$ 240 juta. Hal ini kerana, Zuckerberg tidak berniat menjual semua saham Facebook sekaligus.
Pada 7 November 2007, talian ini meluncurkan layanan terbaru berupa pemasangan iklan dengan sistem yang disebut Facebook Beacon. Triliuner Hongkong, Li Ka-shing, tertarik untuk menanamkan duit sebanyak US$ 60 juta di Facebook pada 30 November 2007.
Sekarang jumlah pegawainya sendiri telah mencapai 400 orang. Namun, Facebook adalah perusahaan unik. Para eksekutif dan pekerjanya masih berusia muda, antara 24 tahun-37 tahun. Pejabat besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa. Para pegawai, yang setiap hari mendapat upahnya bekerja sambil melakukan kegiatan kegemarannya. Ada yang bermain gitar, bersepeda, main pesawat kontrol, atau bergoyang ditemani musik racikan seorang disc jockey (DJ). Mereka juga tak perlu berpakaian rapi.
Sekarang jumlah pegawainya sendiri telah mencapai 400 orang. Namun, Facebook adalah perusahaan unik. Para eksekutif dan pekerjanya masih berusia muda, antara 24 tahun-37 tahun. Pejabat besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa. Para pegawai, yang setiap hari mendapat upahnya bekerja sambil melakukan kegiatan kegemarannya. Ada yang bermain gitar, bersepeda, main pesawat kontrol, atau bergoyang ditemani musik racikan seorang disc jockey (DJ). Mereka juga tak perlu berpakaian rapi.
Meski sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 bilion atau sekitar Rp 27,9 triliun Zuckerberg tetap tampil apa adanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai. Kini, rangkian facebook telah terkenal di setiap pelusuk dunia Sehinggalah akhirnya Facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. Semua penggunan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook.
Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke Facebook setiap hari. Ertinya paling tidak ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna Facebook mengupdate statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di Facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2,5 juta gambar telah dimasukkan ke laman Facebook setiap bulan. Lebih dari 700,000 perniagaan mengaktifkan halaman penggemar di Facebook . Statistik menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Penggunaan Facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840(statistic jaringan social,2010).[4]
KEBAIKAN FACEBOOK:
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri Dato’Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hamper tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook.
Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan member respond an cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.
Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
Alat perantara untuk perniagaan:
Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan.[5] Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian(telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.
Sebagai medium menambahkan ilmu pengetahuan:
Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi,kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan.
Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita pahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009).[6]
Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan “pemain futsal ”. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini.
Penggunaan Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.
Facebook mampu mewujudkan hubungan Satu Malaysia:
Apa yang kita sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.
Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.
Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysiainsider, 2010). [7]
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan Facebook Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009).[8] Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
Membina dan berkongsi nota:
Selain daripada itu, facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota dalam facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara berkata seperti jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras privasi untuk menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar & Zaitun,2010).[9] Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan kos.
Di Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia (TITAS),pensyarah akan mengpostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi berkongsi pengetahuan yang di miliki dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan pengetahuan para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas subjek ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara online berbanding membuka buku.
Seterusnya, penggunaan Facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.
Diguna untuk menyebarkan dakwah:
Golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.(Ruzain,2010)[10]
Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia. Kewujudan Faceboook member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun hanya sekadar kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam.
Selain itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya yang semakin meluas dan di gilai oleh para belia.
KEBURUKAN FACEBOOK:
Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan Facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna Facebook leka dan lalai melayan Facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna Facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan Facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan Facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna Facebook yang terlalu taksub dengan Facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan, seperti penyakit susah tidur dan sakit perut.
Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna Facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.
Penggunaan kod sumber palsu:
Facebook adalah tapak sesawang rangkaian sosial. Sebagaimana tapak sesawang rangkaian social yang lain, pasti ada kontroversinya. Di Malaysia laporan akhbar yang melaporkan keburukan yang melibatkan penggunaan tapak sesawang rangkaian social seperti Facebook ini adalah perkara biasa.[11]
Penggunaan Facebook juga penah disekat dibeberapa Negara termaksud Syria,Cina,Vietnam dan Iran. Terdapat banyak tempat yang mengharamkan penggunaan Facebook di premis mereka kerana pekerja banyak menghabiskan masa menggunakan Facebook ini. Malah, ada university tempatan yang pernah melarang kakitangannya menggunakan Facebook di waktu bekerja. Mereka hanya dapat menggunakan Facebook di pejabat Universiti selepas pukul 5.00 petang.
Facebook juga pernah diambil tindakan undang-undang kerana beberapa isu penggunaan kod sumber milik orang dan seramai rakan serta peminat telah dijual oleh penggguna kepada bisnes untuk tujuan promosi produk. Dalam kajian yang di buat, Facebook pernah disenaraikan sebagai tapak sesawang paling popular dan paling ramai yang pengguna. Jadi suka atau tidak, Facebook akan kekal sebagai tapak sesawang yang paling popular dan diguna pakai ramai. Terpulang pada anda untuk menggunakan dan mengikut tren semasa atau sebaliknya.
Facebook sebagai tempat penyebaran fitnah:
Penggunaan Facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan Facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com).[12] Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak waktu untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk menambah kemampuan mengulangkaji pelajaran dari sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita perlu pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan dengan betul dan sesuai pada waktunya.
Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti Facebook bukan perjuagan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan Facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan.Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang di jatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Jika ditanya kepada pakcik–pakcik di kedai kopi, makcik–makcik dipasar dan juga budak–budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu Facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman Facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box Facobook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan–kenyataan yang bodoh didalam Facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri.
Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh–hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen–komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh-hegeh hendak meminta maaf.
Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna Facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegeh–hegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang–orang tua, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sampai bila–bila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Usaha menjatuhkan seseorang melalui Facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu–isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di Facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di Facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.
KESIMPULAN:
Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan Facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan Facebook tersebut. Penggunaan Facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara. Selain itu juga, kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi Facebook ini dalam pembahagian masa agar ianya tidak merugikan kita. Terutamanya kepada para pelajar dan penuntut di Universiti. Sebagai seorang yang berpelajaran, kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.
RUJUKAN:
Iskandar Ab Rashid. 2010. Kagumkan kawan-kawan dengan Facebook. Sesawang Sosial. Perpustakaan Negara Malaysia, hlm 1-5.
Iskandar Ab. Rashid. Zaitun Ismail. 2010. Kembangkan rangkaian sosial menggunakan Facebook. Membina dan berkongsi nota. VENTON,publishing(M)Sdn.Bhd.,hlm.77.
Tony.H. 2010. Cerita betul Facebook,membongkar rahsia cerita sebalik kemasyhuran Facebook. PTS PROFESSIONAL:Kuala Lumpur., hlm 32-33.
http://zamrishabib.wordpress.com/2011/02/15/dakwah-melalui-dunia-maya/#more-528.Dicetak 20 Februari 2011.
http://id.shvoong.com/humanities/history/1946922-sejarah-facebook/.Dicetak 20 Februari 2011.
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fedittag.typepad.com%2Fblog%2F2010%2F01%2Fstatistik-jejaring-sosial-hingga-januari-2010.html&h=0347b.Dicetak 20 Februari 2011
http://blog.smartusaha.com/pemasaran-sosial-facebook/.Dicetak 20 Februari 2011
http://ipijteknologi.wordpress.com/2010/04/14/penyebaran-dakwah-melalui-ict-berkesan-pikat-generasi-muda/.Dicetak 22.Februari.2011.
http://e-pendidikan.com/.Dicetak 23.Februari.2011
hi . still have any file that about kesan mengguna facebook
ReplyDeleteAsalammualaikum wbt.. TAHNIAH.. rencana yang sangat2 menarik dan informative.. mohon shar di blog & FB saya
ReplyDelete