Tuesday, April 26, 2011

jOm BeLAjAr KOmUNikASi FotO LaK.. :) SLR??



Apa perkara asas yang anda perlu tahu sebelum menggunakan kamera DSLR? 

Ramai rakan kita di luar sana yang baru sahaja memiliki kamera jenis ini. Banyak perkara yang perlu anda pelajari sebelum memahami ratusan fungsi kamera DSLR. Nasihat saya cuma satu, jangan putus asa. Menggunakan kamera DSLR tidak semudah kamera kompak biasa. Namun apa guna kita membeli kamera DSLR jika hanya menggunakan mode AUTO dan membiarkan segala penetapan(setting) kepada default kamera.  

Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan DSLR secara manual.
+ ISO
+ Stutter speed
+ white balance
+ Metering

Empat perkara diatas merupakan asas utama yang anda perlu ketahui untuk memastikan gambar yang anda ambil acceptable untuk di albumkan. namun jangan terkejut jika saya katakan jurugambar pro sekalipun hanya memilih beberapa keping sahaja gambar dari ratusan yang di snap. Contoh paling mudah wartawan tv, majalkah atau akhbar mengambil ratusan gambar semasa sesuatu event namun hanya 1 atau dua keping sahaja dipilih untuk dijadikan tontonan dan bacaan kita.

ISO
ISO adalah nilai film speed. Ya walaupun semua DSLR tidak menggunakan filem namun kita masih menggunakan nilai ISO untuk merujuk kepada kepekaan sensor camera semasa mengambil gambar. Nilai ISO boleh dilaraskan seperti ISO100, 200,400 dan 800. Dengan kemajuan teknologi CMOS sensor hari ini sesetengah DSLR mampu menghasilkan gambar yang cantik pada ISO 6000.

Bagaimana menentukan nilai ISO yang sesuai?
Boleh dikatakan semakin rendah ISO semakin halus dan cantik gambar mampu dihasilkan. Namun bukan semua situasi kita boleh menggunakan ISO rendah seperti ISO50 atau ISO100. Mengapa? Jika kita mengabil gambar didalam studio photografi yang dilengkapi dengan limpahan cahara flash dan sebagainya memang ini tidak menjadi isu besar. Namun bagaimana jika kita mengambil gambar didalam bilik atau dewan yang malap dan pada waktu malam. Flash adalah penyelesaian yang mudah bagi masalah anda tapi perlu diingat penggunaan flash tanpa perancangan dan setting yang betul merosakkan situasi atau mood gambar yang anda ambil.

Shutter Speed
 Apa itu shutter speed? Stutter speed ialah kecepatan atau sela masa yang dikira dalam pecahan saat. semakin besar nilai shutter speed semakin lama pendedahan sensor kamera pada cahaya.shutter speed adalah mekanisme yang mengawal masa bukaan gambar. Ia boleh ditetapkan secara manual dengan menggunakan keutamaan shutter speed mod dari kamera digital anda. Angka yang anda akan  lihat adalah seperti ini:
Jika anda menggunakan camera canon mode Tv merujuk kepada Shutter priority dan memboleh kan anda mengubah nilai ini pada nilai yang sesuai. 
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:
 1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B.Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed -
ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.


Depth Of Field
Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.

Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16. Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.

Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yg memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain. Lazimnya, perbezaan ini bergantung pada harga dan model lensa serta kamera.

Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.

Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture. Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.

Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus 
Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.
Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

 -JENIS LENS- 
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)
iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR).
 i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. 
ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.
Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.
Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.
i. Lens
ii. Exposer Meter
iii. Flash
iv. Filter
v Tripod

i. Lens:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis - Jenis Lens:
Berikut ialah jenis-jenis lens.
 a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. 
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.
16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,
Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: 55mm, 105mm, 200mm = Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
 Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.


Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.
 a. Focusing Ring
b. Aperture
a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.
b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

FLASH:
Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.
Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125

No comments:

Post a Comment