DEFINISI ZOPFAN
Zon aman,bebas dan Berkecuali atau singkatannya ZOPFAN merupakan suatu bentuk deklarasi yang dibuat oleh ASEAN yang dicetuskan di Kuala Lumpur pada tanggal 27 November 1971. Konsep ZOPFAN itu awalnya datang dari negara Malaysia. Kewujudan deklarasi ZOPFAN ini adalah hasil daripada kerjasama politik ASEAN, dan untuk menciptakan keamanan dan stabiliti di kawasan Asia Tenggara. Hadirnya konsep ZOPFAN ini kerana adanya keinginan dari negara- negara anggota ASEAN untuk hidup aman dan sejahtera agar dapat melaksanakan proses pembangunan di negaranya.
Adanya kehadiran kekuatan dari negara-negara di kawasan Asia Tenggara membawa pengaruh yang sangat besar bagi perkembangan negara-negara kawasan tersebut. Pengaruh tersebut membawa suatu perubahan yang besar kerana berpengaruh terhadap konstelasi politik di negara-negara di kawasan tersebut dan berpengaruh untuk memberi keamanan, perdamaian, keseiahteraan dan stabiliti politik di kawasan Asia Tenggara. Pengaruh tersebut jelas kelihatan pada saat berlangsungnya Perang Dingin antara Blok Barat (Amerika Serikat dan sekutunya) dan Blok Timur (Kesatuan Soviet).
Perang Dingin adalah persaingan terbuka diantara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet yang mana persaingannya adalah terbuka tetapi terhad. Walaupun Perang Dingin ini tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung diantara kuasa besar secara besar-besaran namun ia dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomati, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara tahun 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Oleh itu, hal ini membimbangkan Negara-negara di Asia Tenggara yang mana tidak terlibat langsung dalam perang tersebut dan bimbang sekiranya terkena tempias daripada persengketaan mereka.
Oleh sebab itu negara-negara ASEAN membuat satu deklarasi iaitu Deklarasi Kuala Lumpur iaitu ZOPFAN agar negara-negara di kawasan tersebut dapat menangkis pengaruh-pengaruh dan perseteruan kedua-dua kuasa besar tersebut. Untuk mendukung proses terwujudnya ZOPFAN tersebut dan KTT I ASEAN di Bali menghasilkan suatu Treaty of Amity and Cooperation in South East Asia (TAC) yang merupakan kesepakatan untuk mengatur hubungan antara negara-negara anggota ASEAN. Kemudian pada ASEAN Ministerial Meeting XVII di Jakarta, Julai 1984 dicetuskan Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (KBSN-AT) sebagai komponen utama ZOPFAN.
Deklarasi Zon Keamanan, Kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN) ini ditandatangani pada 27 November 1971 di Kuala Lumpur oleh para menteri luar negeri iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan utusan khusus dari Lembaga Eksekutif Nasional Thailand melalui Deklarasi Kuala Lumpur. Kelima-lima buah negeri ini telah bersidang untuk membincangkan proposal Malaysia bahawa Asia Tenggara sebagai daerah yang neutral dan tiada sebarang ancaman melalui jaminan dari Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China. Deklarasi ini telah ditandatangani oleh kelima-lima buah Negara tersebut iaitu Adam Malik, Menteri Luar Negeri Indonesia, Tun Abdul Razak Bin Hussein, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Malaysia, Carlos P. Romulo, Menteri Luar Negeri Filipina, S. Rajaratnam, Menteri Luar Negeri Singapura dan akhir sekali Thanat Khoman iaitu Utusan Khusus Dewan Eksekutif Nasional Thailand.
Dalam pengwujudan konsep ZOPFAN ini terdapat perbezaan-perbezaan pandangan terhadap konsep ZOPFAN yang datang dari negara-negara ASEAN itu sendiri dan luar negara ASEAN. Dimana adanya hal-hal tertentu yang membuat negara-negara tersebut sehinggalah menyebabkan mereka memberi pandangan yang berbeza terhadap konsep ZOPFAN. Adanya penentangan kepentingan di antara negara-negara tersebut sehinggalah proses pengwujudan ZOPFAN pun tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.
Perkembangan implementasi ZOPFAN sejak bermulanya awal Perang Dingin hingga berakhirnya Perang Dingin sangatlah mempengaruhi pelaksanaan ZOPFAN itu sendiri. Pada perkembangannya, ZOPFAN mendapat pengaruh-pengaruh yang baik dari faktor-faktor internal mahupun faktor-faktor ekstenal. Dan kerana adanya peranan dari negara-negara kawasan atas keinginan untuk mendapatkan kehidupan yang aman, damai dan stabiliti politik yang baik untuk negara anggota ASEAN masing-masing maka konsep ini tetap dijalankan demi kepentingan masing-masing.
SEJARAH PENGGUBALAN DASAR ZOPFAN
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur iaitu pada 27 November 1971.
ZOPFAN ialah projek enam (pada mulanya lima) buah negara bukan komunis Asia Tenggara yang menganggotai ASEAN (Associatioon Of South East Nations atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara). Persatuan itu telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan ZOPFAN pula telah dipersetujui menjadi rancangan bersama dasar luar ASEAN kira0kira 4 tahun kemudian, iaitu pada 27 November 1971 selepas para menteri luar persatuan itu mengadakan persidangannya di Kuala Lumpur.
Setelah persidangan bersejarah itu, menteri luar-menteri luar itu telah menandatangani satu pernyataan yang kemudian secara popular dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur yang mana semua negara membuat komitmen untuk menjadikan rantau ini sebuah negara aman, bebas dan berkecuali. Kenyataan Zone of Peace, Freedom And Neutrality Declaration itu pula tidak menggariskan mekanisme atau menyebut dengan terperinci tentang bagaimana gagasan itu akan direalisasikan.
Dokumen itu Cuma menyatakan bahawa sejajar dengan hastar untuk mengendurkan ketengangan antarabangsa dan keinginan untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Asia Tenggara serta didorong oleh cita-cita dam matlamat Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan prinsip menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, dengan tidak menggunakan paksaan atau kekerasan, penyelesaian secara aman damai, pertikaian-pertikaian antarabangsa, hak-hak saksama dan penentuan sendiri serta tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara-negara maka Malaysia, Indonesia, Filipina dan Negara Thai bertekad untuk mengambil langkah-langkah awal bagi mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan bagi Asia Tenggara menjadi zon aman, bebas dan berkecuali, bebas daripada sebarang bentuk campur tangan kuasa-kuasa luar.
Dalam kenyataan itu, para menteri luar ASEAN Juga menegaskan bahawa ZOPFAN dipersetujui setelah mengambil kira factor-faktor berikut;
· Kepercayaan bahawa Deklarasi Memupuk Keamanan dan Kerjasama Dunia Persidangan Bandung 1955 yang antara lain menganjurkan prinsip-prinsip yang mana semua negara boleh hidup secara bersama secara aman damai masih boleh dipegang.
· Pengiktirafan hak setiap negara, besar atau kecil, untuk mempertahankan kewujudan nasionalnya bebas daripada campurvtangan dalam urusan negaranya memandangkan campurtangan ini akan menjejaskan kebebasan, kemerdekaan dan keutuhan.
· Dedikasi dalam mengekalkan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan turut tidak terjejas.
· Kepercayaan kepada perlunya untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan pergolakan-pergolakan terbaru melalui kerjasama dengan negara-negara yang amat menciantai keamanan dan kebebasan di dalam dan di luar rantau itu untuk memperjuangkan keamanan, keharminian dan kestabilan dunia.
Rancangan untuk menjadikan Asia Tenggara sebuah zon aman, bebas dan berkecuali pada tahun 1971 tidak dilahirkan dalam kekosongan social. Iklim politik antarabangsa dan pergolakan di Asia Tenggara ketika itu serta bebarapa tahun sebelumnya telah memainkan peranan yang besar dan berpengaruh dalam membentuk pemikiran para pemimpin ASEAN sehinggakan mereka secara pernyataan bersetuju untuk merealisasikan ZOPFAN.
Senario politik antarabangsa pada akhir 1960-an, apabilaidea bagi mengecualikan Asia Tenggara mula-mula ditimbulkan oleh para pemimpin rantau ini, seperti halnya sebelum itu, masih dipengaruhi oleh interaksi dua kuasa terbesar yang muncul selepas Perang Dunia Kedua berakhir, iaitu Asia Tenggara dan Soviet. Menjelang waktu itu kemuncak perang dingin pertama antara kedua-dua kuasa itu yang dirasai di setiap pelosok dunia dan begitu menakutkan banyak pihak, termasuk Asia Tenggara sudah berlalu.
Hubungan yang lebih stabil telah wujud antara Moscow dan Washington dan keadaan itu sedikit sebanyak telah membantu meredakan ketengangan antarabangsa yang dibimbangi boleh bertukar menjadi perang. Presiden Richard Nixon yang menjadi Presiden Amerika pada tahun 1969 telah mengumukan bahawa era perang dingin antara Washington dan Moscow telah digantikan dengan era kerjasama. Pucuk pimpinan Kremlin bertindak balas dengan isyarat yang sama. Detente dalam hubungan antara dua kuasa besar itu sudah menunjukkan wajahnya walaupun seperti mana yang dibuktikan oleh sejarah tidak berpanjangan.
Tetapi tatkala hubungsn dua kuasa besar itu agak stabil, dunia masih belum terlepas sepenuhnya daripada bahaya perang nuclear. Prospek tecetusnya perang nuclear masih boleh berlaku. Tambahan pula di sebalik kesediaan untuk bekerjasama itu, keakraban kuasa besar itu meneruskan persaingan bagi lingkungan wilayah di kawasan-kawasan lain. Asia Tenggara juga tidak terlepas daripada mejadi tumpuan persaingan.
Ketika hubungan Amerika-Soviet sudah bertambah baik dan hubungan Amerika-China juga mula pulih semula, hubungan Soviet-China pula semakin merunsingkan. Persengketaan dua kuasa besar komunis, yang bermula pada akhir 1950-an, memuncak sepanjang tahun 1960-an dan 1970-an. Asia Tenggara turut menjadi gelanggang rebutan antara mereka seperti yang terbukti dalam Perang Vietnam. Kedua-duanya menjadi penyokong kuat Hanoi dalam perang pembebasannya melawan Asia Tenggara. Ini bermakna perang yang melibatkan kuasa-kuasa komunis dan bukan komunis boleh meletus bila-bila masa sahaja.
Dalam keadaan itu Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr. Ismail berpendapat bahawa untuk mengelakkan Asia Tenggara terheret dalam kancah konflik kedua-dua kuasa besar, rantai itu harus menjadikan kawasan berkecuali. Pengecualian ini tidak pula membawa makna bahawa kepentingan kuasa-kuasa luar terhadap ini ditutup sama sekali. Kepentingan-kepentingan yang tidak mengancam seperti ekonomi dan sebagainya akan tetap dibenarnya. Mereka mengakui bahawa Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang strategi memang tidak dapat dielakkan daripada didatangi oleh kuasa-kuasa luar yang perlu dibuat ialah bagaimana kehadiran mereka boleh diuruskan supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menghuru-harakan rantau tersebut. Melalui idea penubuhan ZOPFAN mereka cuba merealisasikannya.
Tatkala suasana politik antarabangsa yang agak stabil namun masih diselubungi oleh unsur-unsur tidak menetu yang mana berperanan besar dalam membentuk pergolakan di Asia Tenggara yang tidak sewajarnya dipandang sepi. Secara langsung mahupun tidak langsung pergolakan politik antarabangsa yang berkisar kepad interaksi Amerika-Soviet-China, secara dua hala atau tiga hala mempunyai kesan terhadap Asia Tenggara.
Semua pergolakan ini berlaku dengan latar belakang bahawa komunis sudah mencapai kejayaan di Indo-China dan keadaan iniadalah satu ancaman besar terhadap keselamatan ASEAN. Dalam usaha untuk menangani perubahan-perubahan itu supaya kesan negatifnya tidak begitu dirasai oleh ASEAN, maka ZOPFAN telah diketengahkan. Ini menunjukkan bahawa negara-negara bukan komunis itu juga ingin merintis satu kerjasama politik yang lebih erat juga memainkan peranannya.
Pembentukan ASEAN mencerminkan hasrat itu dan dengan kelahiran ZOPFAN yang bertujaun untuk membolehkan negara-negara anggota bersama-sama dalam satu wadah perjuangan. Mereka juga ingin memastikan bahawa selepas Amerika membuat keputusan untuk berundur daripada Asia Tenggara amnya dan Vietnam khususnya melalaui Doktrin Nixon, para pemimpin ASEAN tidak mahu melihat kekosongan yang ditinggalkan oleh Washington itu diisi oleh kuasa-kuasa yang bermusuhan. Maka, sebaik-baik jalan adalah dengan mencadangkan Asia Tenggara menjadi zon berkecuali agar dua kuasa besar lain yang berminat dengan rantau ini. Soviet dan China yang memang diketahui menyokong gerakan-gerakan komunis di negara-negara ASEAN tidak mengambil kesempatan mendapatkan tempat yang boleh mengancam keselamatan nasional negara-negara ASEAN itu. Para pemimpin ASEAN itu ingin melihat bahawa selepas Perang Vietnam beakhir ekoran adanya petanda sejak akhir 1960-an Amerika tidak mahu lagi meneruskan dasarnya di Vietnam Selatan, Asia Tenggara tidak lagi dicengkam oleh satu peperangan yang hanya boleh membawa mudarat padaa rantau ini.
Mereka juga ingin memulakan era baru di Asia Tenggara dengan menjalain hubungan yang lebih baik dengan mengistiharkan rantau itu menjadi kawasan aman, bebas dan berkecuali. Sebolah-bolehnya mereka ingin melihat rantau itu bebas daripada tekanan kuasa-kuasa asing. Selepas mencapai kemerdekaan , mereka tidak lagi mahu kebebasan politik yang ada pada mereka dirampas oleh sesiapa. Zopfan Difikirkan sebaik-baik cara untuk memenuhi cita-cita tersebut.
RASIONAL PENGGUBALAN DASAR ZOPFAN
Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (Zon Of Peace. Freedom And Neutrality) atau lebih dikenali sebagai ZOPFAN telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb November 1971.
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah menjadi pendorong timbulnya konsep dan dasar ZOPFAN ini. Antara faktor-faktor dan peristiwa penting tersebut ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat. Antara inti-pati dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat tersebut ialah pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal tahun 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan dalam kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau. Konteks Perang Korea diambil sebagai pemerhatian;
‘Perang Korea’ bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan KRSS selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.
Faktor yang seterusnya ialah peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campur tangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalm pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.Kita ambil perang di Vietnam sebagai contoh pemerhatian.
Perang di Vietnam ialah konflik ketenteraan perang dingin yang berlaku di Vietnam,Laos dan Combodia dari 1 November 1955 sehingga 15 May 1975 apabila insiden Mayaguez barlaku dan dua minggu selepas kejatuhan Saigon pada 30 April 1975.Insiden Mayaguez melibatkan kerajaan Khmer Rouge di Combodia pada 12-15 May 1975,menandakan perang terakhir yang melibatkan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.Perang ini mengikuti jejak Perang Indochina 1 dan melibatkan North Vietnam,disokong pula dengan pihak berikat komunisnya dan kerajaan Vietnam Selatan,dan disokong oleh Amerika Syarikat dan persatuan anti-komunis yang lain.
Viet Cong,pasukan bersenjata Vietnam Selatan bertempur dalam Perang Gerila menentang pihak anti-komunis di kawasan tersebut.Pihak ‘Vietnam People’s Army’ terikat dalam banyak perang lazim atau resam,dalam masa melakukan unit besar dalam pertempuran Amerika Syarikat dan angkatan Vietnam Selatan bergantung kepada keunggulan angkatan udara,meriam dan serangan udara.
Kerajaan Amerika Syarikat melihat penglibatan mereka dalam perang sebagai satu cara untuk menghalang pengambilalihan oleh pihak komunis di Vietnam Selatan dan sebagai sebahagian daripada strategi meluas mereka dalam pengurungan.Kerajaan Vietnam Utara melihat perang adalah sebagai perang koloni,pertempuran awal menetang Perancis,disokong oleh Amerika Syarikat,dan kemudiannya menentang Vietnam Selatan.Penglibatan Amerika Syarikat bertambah pada awal 1960an.Unit tempur Amerika Syarikat diatur kedudukannya bermula 1965.Sempadan bidang operasi,bersama Laos dan Combodia dikririk dengan hebat.penglibatan semakin memuncak pada tahun 1968 pada masa ‘Tet Offensive’.Selepas itu,angkatan bawahan Amerika Syarikat berundur sebagai sebahagian daripada ‘Polisi Vietnamization’.walaupun ‘Paris peace Accords’ ditandatangani oleh semua pihak pada January 1973,tetapi pertempuran masih berlanjutan dan berlaku.
The ‘Case-Church Amendment’ yang diedarkan oleh Kongres Amerika Syarikat dilarang penggunaannya dalam bidang ketenteraan Amerika selepas 15 Ogos 1973,kecuali presiden menjamin kelulusan kongres diteruskan.Penawanan Saigon oleh tentera Vietnam Utara pada April 1975 menandakan berakhirnya Perang Vietnam.Vietnam Utara dan Vietnam Selatan kemudiannya digabungkan pada tahun berikutnya.Perang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian yang tinggi,termasuk tiga hingga empat milion rakyat Vietnam dari kedua-dua belah negara,antara 1.5 hingga 2 milion rakyat Laos dan Combodia dan 58,158 orang tentera Amerika Syarikat.
Faktor yang seterusnya ialah semangat ‘regionalisme’ masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Semangat regionalisme bermaksud semangat kekitaan dalam negara untuk melindungi negara masing-masing daripada berlakunya peperangan.Semangat regionalisme yang ditanam dalam setiap kerajaan di Asia kemudiannya telah membawa kepada idea penubuhan Association of Southeast Asian Nations atau lebih dikenali sebagai ASEAN.ASEAN adalah pertubuhan geo-politik dan ekonomi yang dianggotai oleh 10 negara bertempat di selatan-timur Asia.ASEAN dibentuk pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia,Malaysia,Filipina,Singapura dan Thailand.Semenjak itu,keanggotaan telah berkembang melingkungi Brunei,Burma (Myanmar),Combodia,Laos dan Vietnam.Tujuannya adalah termasuk peningkatan dal pertumbuhan ekonomi,pertumbuhan sosial,pembangunan budaya dalam kalangan negara anggota,perlindungan keamanan dan kestabilan kawasan dalam benua Asia,dan untuk memberi peluang kepada setiap negara anggota untuk membincangkan kelainan dan percanggahan pendapat secara aman.
Sepanjang tahun 1990an,blok ini telah mengalami peningkatan dalam sama ada jumlah ahli anggota dan integrasi selanjutnya.Pada tahun 1990,Malaysia telah mengemukakan pembentukan ‘East Asia Economis Caucus’ yang melibatkan anggota ASEAN yang baru iaitu Republik China,Jepun dan Korea Selatan,dengan niat untuk menimbangbalas pertumbuhan pengaruh Amerika Syarikat di Asia-Pacific EconomicCooperation (APEC) amnya dan di kawasan Asia umumnya.Cadangan tersebut walaubagaimanapun gagal disebabkan oleh tentangan hebat daripada Amerika Syarikat dan Jepun.
Malaysia telah mengusulkan cadangan penubuhan Kawasan Aman,Bebas dan Berkecuali Atau lebih dikenali sebagai ZOPFAN (Zone of Peace,Freedom and Neutrality).Cadangan tersebut telah diterima sebagai pendirian ASEAN.Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.Dasar ini dibentuk sejajar dengan semangat regionalisme dalam kalangan anggota ASEAN yang sentiasa mahukan keamanan dalam negara masing-masing.
ISU – ISU UTAMA DASAR KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI ( ZOPFAN)
Dasar Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali atau di kenali sebagai Zon Of Peace, Freedom And Nuetrality (ZOPFAN) ditubuhkan pada 27 November 1971 di Kuala Lumpur dan di persetujui oleh negara – negara Asia Tenggara yang menyertai ASEAN pada ketika itu. ZOPFAN di tubuhkan adalah untuk menghalang kuasa – kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Russia campur tangan dalam urusan negara di Asia Tenggara pada masa itu. Dasar ini di perkenalkan oleh Tun Abdul Razak.
Bagi memastikan hasrat dan matlamat Malaysia tercapai untuk mewujudkan Kawasan Aman, Bebas, Dan Berkecuali di iktiraf oleh negara kuasa besar yang lain, malaysia perlu mengubah sikap dan dasarnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhannya terhadap negara Malaysia dan seterusnya menghentikan sokongan terhadap Parti Komunis Malaya(PKM). Hubungan diplomatik Malaysia dan China bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974.
Isu yang menyebabkan penubuhan dasar ini ialah isu keamanan di negara – negara ASEAN. Pergolakan politik di antara negara – negara Asia Tenggara dan peperangan yang berlaku menyebabkan ASEAN membuat keputusan menubuhkan ZOPFAN. Tertubuhnya dasar ini pada tahun 1971 maka tiada lagi masalah campur tangan dari negara – negara berkuasa besar ke atas negara di Asia Tenggara. Hak – hak negara yang menyertai ASEAN tidak terjejas kerana tiada kuasa besar yang mampu campur tangan dalam urusan negara mereka. Isu keamanan yang di perkenalkan telah berjaya selepas isu ini di iktiraf oleh negara – negara kuasa besar. Negara kuasa besar perlu menghormati dan menjaga kepentingan dan kesejahteraan rantau Asia.
Selain itu, isu utama dasar ini ialah tentang isu nukleur. Deklarasi ZOPFAN pada 1971 yang telah membawa negara Asia Tenggara bebas dari nuclear. ASEAN di anggap sebagai zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dengan ciri – cirri tidak mempunyai , meletak atau menggunaka senjata nuklear di Asia Tenggara. ASEAN ingin mewujudkan kawasan yang aman dan sejahtera, bebas dan berkecuali. Negara kuasa besar tidak boleh menggunakan ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuklear ataupun membina pusat ketenteraan mereka. Apabila tiada sebarang aktiviti nuklear di Asia Tenggara, maka tiada berlakunya sebarang peperangan dan keamanan negara ASEAN terjamin. Hal ini kerana senjata pemusnah seperti senjata nuklear, bom atom dan bom kimia mampu mewujudkan peperangan.
Isu seterusnya ialah tentang Kampuchea. Kampuchea ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang telah mengalami pergolakan pentadbiran yang teruk. Masyarakat Kampuchea hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Terdapat tiga parti yamg bersaing untuk memerintah Kampuchea. Antara parti tersebut ialah Parti Pro-Barat, Parti Royalis dan Parti Khamer Rouge. Pemerintahan pada mulanya di terajui oleh keluarga Diraja Norodum Sihanouk, tetapi telah di gulingkan oleh General Lol Nol yang kejam dan mengamalkan pemeritahan bercorakan pro-Barat.
Pemerintahan General Lol Nol di tentang oleh Khmer Rouge. Khmer Rouge mendapat sokongan dari Vietnam dan China dan Khamer Rouge di perintah oleh rejim Pol Pot. Berlaku perselisihan faham di antara pemerintahan Pol Pot dan Vietnam(utara). Pol Pot di anggap menyokong negara China dan hal ini menimbulkan kemarahan Vietnam(utara). Vietnam menyerang Kemboja pada tahun 1978 selepas beberapa tahun penubuhan ZOPFAN. Selepas peristiwa itu, Kemboja di perintah oleh rejim Heng Samrin. Rejim ini tidak mendapat pengiktirafan dari ASEAN. ASEAN telah memainkan beberapa peranan bagi mengembalikan semula tampok pemerintahan Kemboja selepas di serang dan di perintah oleh rejim Heng Samrin. Malaysia sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mengamalkan ZOPFAN telah memainkan perananya dalam isu ini.
Seperti yang telah di terangkan mengenai ZOPFAN, matlamat dasar ini ialah mewujudkan keamanan serantau. Dalam isu Kampuchea yamg telah dinyatakan sebelum ini, Malaysia dan ASEAN telah bekerjasama untuk mengembalikan keharmonian Kemboja dan kedaulatan negara tersebut. Malaysia memainkan peranan penting melalui ASEAN dengan menyuarakan bantahan tentang system penerintahan yang tidak sah di Kemboja. Malaysia beranggapan bahawa sesebuah negara tidak harus di jajah dan kedaulatan negara tersebut harus di hormati. Penjajahan di negara tersebut melanggar dasar Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali.
Malaysia menyatakan rejim Heng Samrin patut membenarkan parti lain untuk bersama – sama memerintah dengan membentuk Kerajaan Campuran. Demokratik Kampuchea. Atas desakan negara ASEAN dan juga dunia, maka Kampuchea mula di perintah oleh keluarga Diraja Sihanouk, yaitu Putera Sihanouk sebagai Presiden dan Son San sebagai Perdana Menteri Pertama dan Hun Sen Perdana Menteri Kedua.
Dalam langkah memgembalikan keamanan Kampuchea, ASEAN telah mengadakan Sidang Damai di Bogor, Jakarta pada bulan Julai 1988. Tetapi sidang ini tidak berjaya mengatasi masalah ini dan menjumpai jalan buntu. Selang satu tahun kemudian yaitu tahun 1989, Vietnam mengambil keputusanya mengundurkan tenteranya dari Kampuchea. Pada masa itu Kampuchea telah bebas dari jajahan Vietnam. Pada 30 April 1999 Kampuchea atau dikenali sebagai Kemboja menyertai ASEAN. Isu penjajahan telah dapat di atasi dan dasar ZOPFAN membawa kepada keamana negara – negara Asia Tenggara.
Pada beberapa tahun lepas kerajaan Singgapura telah member kebanaran kepada Amerika Syarikat untuk menubuhkan sebuah pangkalan tenteranya di Singapura. Hasrat Singapura tidak tercapai kerana menubuhkan sebuah pangkalan tentera negara kuasa besar adalah di larang bagi negara di Asia Tenggara. Isu ini mendapat tentangan hebat dari anggota lain ASEAN yang menyokong konsep ZOPFAN. Singapura seolah – olah mencabar kewibawaan Dasar Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN). Tentangan negara lain dan konsep ZOPFAN sendiri telah menyebabkan niat Singapura terbatal.
PELAN PERLAKSANAAN DASAR
Dasar luar sesebuah Negara merujuk kepada matlamat, rancangan serta, tindakan yang diambil oleh Negara itu apabila mengadakan hubungan dengan diplomatik dengan negara-negara luar. Dasar luar sesebuah Negara itu sebenarnya berkait rapat dengan dasar dalaman negara lain. Semasa Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dalam tempoh 1970-1981 negara kita telah mengamalkan dasar berkecuali selepas tamatnya konfrontasi dengan Negara luar seperti Indonesia. Malaysia berpegang teguh pada dasar berkecuali dan ZOPFAN (Zone of Peace Freedom and Neutrality). Sepertimana yang kita sedia maklum ZOPFAN ini dilaksanakan sebagai satu suara yang telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tanggal 27 November 1971
Konsep ZOPFAN ini dibuat atas sebab beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Negara-negara Asia Tenggara. Melalui faktor dan peristiwa yang dilalui maka mendorong konsep ini dilaksanakan. Antara faktor tersebut adalah seperti kedudukan asia tenggara yang strategik , pergolakan politik di Vietnam serta pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70-an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan dalam kalangan negara-negara ASEAN kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
Selain daripada itu, peperangan-peperangan yang berlaku di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Hal ini dibantu lagi oleh semangat “regionalisma” yang telah dijadikan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Regionalisma bermaksud semangat kekitaan yang dalam konteks ini bermaksud masyarakat di negara-negara ASEAN pada masa itu sangat mencintai negara mereka dan tidak mahu terlibat dalam peperangan. Semangat ini wujud sebelum pembentukan ZOPFAN dan akhirnya memudahkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.
Sebagai satu konsep politik , ZOPFAN boleh dirujuk sebagai satu dasar yang tidak memihak dalam mana-mana politik kuasa besar . Disamping itu juga, ia juga turut membayangkan penerimaan satu peraturan asas bagi kerjasama serantau . Jesteru itu, pelan perlaksanaan dasar ini telah mewujudkan peraturan –peraturan asas bagi keamanan serantau melalui dasar ZOPFAN ini. Para perancang dasar ASEAN di kementerian –kementerian luar masing-masing secara rasminya menerima peraturan-peraturan asas ZOPFAN yang meliputi meliputi perkara-perkara seperti untuk hidup bersama dari segi politik. Bagi ZOPFAN untuk bertahan, setiap negara anggota perlu menghormati hak antara satu sama lain untuk hidup bersama tanpa mengira perbezaan dan kecenderungan ideologi serta fahaman. Jika hidup bersama tidak seharusnya mempersoalkan hak bagi sesuatu identity nasional, kemerdekaan, dan keluhuran yang sejajar dengan aspirasi idea rakyatnya serta matlamat Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
Manakala, pernyataan tidak memihak dalam mana-mana politik kuasa-kuasa besar , merujuk kepada kepada tidak memihak dalam sebarabg peperangan atau konflik seperti yang difahami dalam undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun, dalam konteks Deklarasi 1971 tentang ZOPFAN ini ialah membawa maksud menjauhkan diri daridapa terlibat secara langsung atau tidak langsung , dalam kegiatan –kegiatan kuasa di luar zon tersebut. Lebih penting lagi, berkecuali sebagai satu konsep politik yang membayangkan supaya tidak campur tangan oleh kuasa-kuasa besar dalam urusan domestik bagi negara yang telah berpegang kepada konsep ini.
Melalui pelan perlaksanaan dasar ini negara ASEAN bebas daripada kawalan atau dominasi politik dari kuasa-kuasa besar. Dengan kebebasan yang dimiliki oleh negara-negara tersebut negara-negara yang berkuasa besar tidak boleh mengawal, mendonimasi, atau campur tangan dalam segala urusan dalaman atau luaran. Kemerdekaan yang dimiliki juga membayangkan hak kedaulatan sesebuah negara untuk memilih menjalin hubungan diplomatik berasaakan persamaan kedaulatan yang dimiliki. Selain itu juga hubungan antara negara-negara anggota atau sesame negara ZOPFAN dengan kata lain negara-negara bukan anggota hendaklah diuruskan melalaui prinsip kesediaan menerima dan mematuhi prinsip piagam Bangsa-bangsa Bersatu, Deklarasi Tentang Pemupukan Keamanan Dunia dan Kerajasama Persidangan Bandung(1955) ,Deklarasi Bangkok (1967), dokumen yang mengasaskan penubuhan ASEAN, Deklarasi Kuala Lumpur(1971) dan Teati Kerjasama(1976)
Selain daripada itu, pelan ini juga mengambil kira hubungan negara-negara ZOPFAN dengan kuasa-kuasa di luar rantau tersebut. Pelan ini menggariskan bahawa negara-negara ZOPFAN tidak mengancam objektif negara-negara ZOPFAN yang lain dengan melakukan perkara yang bercanggah dengan matlamatnya. Negara-negara yang terlibat juga tidak dibenarkan untuk menyimpan, menggunakan, membawa atau menguji senjata nuklear dan komponen-komponen nuklear di rantau itu. Ini secara jelas menunjukkan sekiranya peraturan-peraturan ini dipatuhi ia akan membawa keamanan serantau dan keselamatan komprehensif. Melalui ZOPFAN juga, diharapkan negara-negara serantau dapat mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam perlumbaan senjata di rantau ini yang boleh mencetuskan keadaan huru-hara.
Terdapat beberapa strategi-strategi utama yang telah digubal untuk mencapai objektif ZOPFAN. Salah satunya ialah dengan mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan daripada kuasa-kuasa besar tentang objektif dan usaha menjadikan dan mengundurkan tentera asing daripada Asia Tenggara dalam jangka masa panjang. Dasar ZOPFAN tidak mungkin dapat tercapai tanpa kesanggupann kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN serta sokongan padu daripada kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walaubagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.
ZOPFAN juga diharapkan dapat menjadi satu forum serantau yang lebih berfaedah untuk membincangkan isu-isu strategik, politik yang lebih luas terutamanya kerjasama militari. Sekarang, dalam ASEAN tidak ada forum pertahanan pelbagai hala; begitu juga dengan Asia Tenggara bagi membincangkan kepentingan keselamatan. ZOPFAN juga hendaklah digunakan bagi membincangkan isu-isu social dan ekonomi yang lebih luas di Asia Tenggara. Satu struktur baru yang boleh digunakan untuk memupuk unsur baru di dalam ZOPFAN.
STRATEGI DAN LANGKAH PELAKSANAAN ZON BEBAS, AMAN DAN BERKECUALI (ZOPFAN)
Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, Malaysia telah mengalih dasarnya kearah pendirian berkecuali iaitu Pada 17 november 1971,Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat
dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia ini, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan Zon Bebas, Aman dan Berkecuali (ZOPFAN) ini. Untuk memastikan yang usaha ini mencapai matlamatnya, beberapa strategi telah dilakukan.
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan di dalam ZOPFAN ialah pertama dengan mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikannya. Ancaman komunis dalam politik di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya menyebabkan Malaysia mengambil tindakan untuk mendapatkan persetujuan, pengikitirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar seperti Britain dan Australia.
Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana Negara.
Strategi kedua dalam melaksanakan ZOPFAN adalah mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka masa panjang. Sesuai dengan objektif utama pelaksanaan ZOPFAN iaitu untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar. Strategi ini juga merupakan langkah berjaga-jaga demi keamanan, dan kebebasan daripada campurtanggan daripada tentera asing khususnya Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Russia, Vietnam dan Republik rakyat China yang pernah menyebabkan berlakunya peristiwa pencerobohan Vietnam di Kampuchea yang telah menjejaskan usaha pencapaian ZOPFAN. Hal ini kerana pada waktu itu, penyelesaian ketenteraan yang dipilih oleh Vietnam di Kampuchea bercanggah dengan prinsip utama ZOPFAN yang berpendapat sebarang pertikaian boleh di selesaikan melalui rundingan politik tanpa campurtanggan kuasa-kuasa asing.
Namun, selepas ZOPFAN di istiharkan kerajaan kita telah berkerjasama dengan Negara serantau walaupun masih mengekalkan prinsip mengundurkan tentera asing daripada kawasan Asia Tenggara. Ini kerana, keduduksn goegrafi Negara di tengah-tengahAsia Tenggara tidak dapat dielakkan kepenting-kepentingan strategic Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan Negara-negara serantau yang lain.Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-negara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia. Dengan sewajarnya ini, Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau.
Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan terhadap mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Seiring dengan pendekatan ini, Malaysia akan menggalak dan menyumbang ke arah membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang teguh dan berkesan untuk memastikan Asia Tenggara yang aman.
Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum – ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF.
Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkeculai (ZOPFAN), ini tidak seharusnya mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar rantau apabila diperlukan. Kerjasama yang di jalankan ini telah mewujudkan hubungan yang baik antara Malaysia dan Negara-negara lain dengan menggunakan konsep keamanan dan kebebasan dalam menjalani perhubungan serantau dan ini telah menyebabkan berjayanya strategi kedua dalam ZOPFAN ini iaitu mengundur tentera asing daripada kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
Manakala strategi terakhir yang telah digubal dan dilaksanakan ialah menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuclear yang telah di gubal Pada ASEAN Ministerial Meeting XVII di Jakarta, Juli 1984 di cetuskan Kawasan Bebas Senjata nuclear Asia Tenggara (KBSN-AT) sebagai komponen utama ZOPFAN.
Tercetusnya strategi ini ialah didorong oleh rasa kebimbangan akan peningkatan pemilikan dan penyebaran senjata nuklear, serta keinginan negara-negara Asia Tenggara untuk memelihara keamanan dan kestabilan di kawasan dalam semangat hidup berdampingan secara damai dan saling pengertian, dan mengingat pula Perisytiharan Kawasan Damai, Bebas, dan Netral (ZOPFAN) yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada tarikh 27 Januari 1971, maka negara-negara di Asia Tenggara berkeyakinan bahawa pembentukan Kawasan Bebas Senjata Nuklear di Asia Tenggara sebagai komponen penting dari ZOPFAN, akan memberikan erti bagi peningkatan keselamatan dan ketenteraman negara-negara di rantau Asia Tenggara. Oleh sebab itu, berdasarkan Pasal VII Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons / NPT, 1968, maka negara-negara di Asia Tenggara bersetuju Treaty on the Southeast Asia Nuclear Weapon Free Zone, 1995.
Perjanjian Kawasan Bebas Senjata Nuklear di Asia Tenggara secara keseluruhan mengandungi pemikiran seperti berikut:
1. Dalam rangka mewujudkan cita-cita keberhimpunan bangsa-bangsa di Asia Tenggara dalam ikut
melaksanakan ketertiban dunia yang berdasarkan kemerdekaan, perdamaian abadi, dan keadilan sosial, maka perlu ditetapkan sebuah perjanjian yang menyatakan rantau Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear.
2. Dalam rangka mewujudkan rantau Asia Tenggara yang damai, bebas, dan berkecuali perlu dipastikan agar seluruh negara-negara di Asia Tenggara tidak memiliki, menggunakan, dan mengembangkan senjata nuklear.
3. Dalam rangka pemanfaatan tenaga nuklear perlu penegasan hak negara-negara di rantau Asia Tenggara untuk memanfaatkan tenaga nuklear bagi maksud damai serta mencegah rantau Asia Tenggara dicemari sisa nuklear.
4. Dalam rangka menjamin terwujudnya keselamatan dan ketenteraman negara-negara di rantau Asia Tenggara, perlu penegasan agar negara-negara nuklear tidak menggunakan atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear terhadap negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Oleh hal demilkian, dapat la di rumuskan bahawa ketiga-tiga strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif ZOPFAN iaitu menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman,bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat. Russia dan Republik Rakyat China.
PENCAPAIAN DAN HASIL YANG DICAPAI MELALUI DASAR ZON AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI
Dalam pakatan ini pelbagai hasil telah dicapai melalaui permuafakatan daripada Negara-negara asia tenggara sendiri. ZOPFAN telah mendapat sambutan daripada Negara-negara sekutunya seterusnya membolehkan dasar tersebut berkembang. Antara hasil yang dicapai melalui dasar zon,Aman, Bebas dan Berkecuali ini, ASEAN berjaya menghasilkan Treaty of Amity and Cooperation(TAC), melalui perjanjian ini Negara ASEAN telah bersetuju untuk mematuhi prinsip-prinsip yang sudah termaktub dalam persidangan ASEAN di Bangkok dan juga deklarasi Kuala Lumpur yang menghasilkan konsep zon aman, bebas dan berkecuali ini. TAC merupakan satu satu perjanjian kerjasama antara negara ASEAN dalam mengelakkan konflik di rantau ini, perjanjian ini dimeterai oleh ketua-ketua negara pada persidangan ASEAN 1976 di bali, Indonesia.
Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diamalkan di Negara Asia Tenggara menyebabkan kuasa-kuasa besar terpaksa juga menyokong dasar ini disebabkan prinsip berkecuali yang diamalkan. oleh yang demikian, secara tidak langsung dengan adanya konsep ini, ia berjaya mengasingkan ASEAN daripada sasaran pengaruh kuasa besar. ASEAN sendiri telah berperanan untuk memujuk dan menggesa kuasa besar seperti China supaya menghormati prinsip-prisip yang termaktub dalam kosep ZOPFAN dan juga TAC. Konflik laut cina selatan yang melibatkan banyak negara ASEAN dan China telah menyebabkan wujudnya persefahaman seperti perjanjian kawasan bebas senjata nuklear di Asia Tenggara(SEA-NWFZ).
Selain itu, penubuhan forum serantau ASEAN(ARF) juga merupakan antara kejayaan melalui ZOPFAN, ini kerana, ZOPFAN telah menjadi perintis kepada pemeteraian dan penubuhan pelbagai perjanjian persefahaman selepas ia diperkenalkan pada tahun 1971 sewaktu persidangan Negara ASEAN di Kuala Lumpur. Selepas konsep ZOPFAN dipersetujui, terdapat banyak persetujuan yang dapat dicapai seperti perjanjian kawasan bebas senjata nuklear di asia tenggara(SEA-NWFZ) dan juga ARF sendiri. Ini merupakan kesinambungan daripada kosep ZOPFAN yang diamalkan sehingga menjadi perintis kepada persefahaman lain yang juga tertumpu kepada hal pencegahan supaya tidak berlaku konflik di kawasan Asia Tenggara.
Seterusnya, konsep ZOPFAN yang diamalkan oleh ASEAN juga telah berjaya mendapat sokongan moral daripada Negara-negara kesatuan Ekonomi Eropah(EEC), pergerakan Negara-negera Berkecuali(NAM) dan Negara-negara komanwel. Ini juga merupakan antara pencapaian yang amat membanggakan bagi ASEAN kerana dengan sokongan yang begitu banyak daripada pelbagai pihak sudah tentu kuasa-kuasa yang cuba untuk melebarkan pengaruh mereka keatas negara seperti di Asia Tenggara akan tersekat. Pengenalan konsep ZOPFAN ini telah membawa satu demensi baru dalam hubungan politik negara asia tenggara. Kewujudan perjanjian ini akan menyebabkan setiap negara mengalami perubahan dalam hubungan politik mereka. Ini kerana, melalui konsep ZOPFAN semua negara Asia Tenggara tidak akan menyokong mana-mana ideologi politik yang dipelopori oleh kuasa-kuasa barat seperti Amerika syarikat dan Rusia. Selain itu, negara Asia Tenggara juga tidak boleh terlibat dalam mana-mana konflik antarabangsa kerana sesuai dengan konsep yang diamalkan iaitu berkecuali daripada mana-mana persengketaan
Selain itu, rantau Asia Tenggara juga telah menjadi kawasan bebas senjata nuklear(KBSN) ini merupakan kesinambungan daripada pengenalan konsep ZOPFAN yang menjadi perintis kepada banyak perjanjian selepas itu. Melalui pelaksanaan KBSN negara-negara Asia Tenggara dilarang untuk menempatkan senjata nuklear di kawasan rantau ASEAN. Dalam dasar ini juga negara ASEAN juga tidak boleh memebenarkan pihak asing untuk menempatkan tentera mereka dan juga tidak membenarkan kuasa asing untuk membina pangkalan tentera mereka di Asia Tenggara. Hal ini dilakukan kerana mengelakkan negara ASEAN daripada terlibat dengan konflik antarabangsa. Kekalutan politik di Kampuchea merupakan perkara yang disebabkan di mana negara Vietnam telah menceroboh Kampuchea. Campurtangan pihak asing dalam isu pencerobohan Kampuchea oleh tentera Vietnam khususnya kuasa besar seperti Rusia, Amerika dan China ,merupakan kesan daripada negara ASEAN yang membenarkan pembabitan mereka. Oleh itu, dengan pelaksanaan SEA-NWFZ, Asia Tenggara secara tidak langsung bebas daripada pengaruh kuasa asing.
Pemeteraian perjanjian persahabatan dan kerjasama Asia Tenggara(TAC) juga merupakan salah satu kejayaan yang dapat dicapai melalui pengenalan konsep ZOPFAN. Ini kerana perjanjian ini merupakan lanjutan selepas ZOPFAN diperkenalkan. TAC yang ditandatangani di bali sewaktu persidangan ASEAN 1976 telah menetapkan semua anggota ASEAN harus menyelesaikan konflik secara berdiplomasi dan bukan dengan cara ketenteraan. Sebagai contoh dalam isu pulau ligitan dan sipadan di sabah, walaupun pada mulanya Malaysia dan Indonesia menghantar tentera ke kawasan terbabit namun ia hanya dilakukan kerana bimbang pencerobohan sesuatu pihak akan berlaku. Namun, pada akhirnya konflik tersebut dapat diselesaikan menggunakan saluran diplomasi sebagaimana yang di tuntut dalam perjanjian-perjanjian ASEAN sebelum ini.
Selain itu, dengan pengenalan konsep ZOPFAN, ia telah membuka ruang untuk negara ASEAN menjalankan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang lain seperti pergerakan negara-negara berkecuali(NAM) dan pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu(PBB). Kerjasama ini amat penting untuk menjamin kelangsungan rantau ASEAN sebagai kawasan yang mengamalkan konsep ZOPFAN. Kerjasama dan sokongan daripada badan-badan dunia ini dilihat sebagai hasil daripada ZOPFAN kerana pertubuhan seperti NAM dan PBB sememangnya memperjuangkan keamanan di seluruh dunia. Oleh yang demikian sokongan tersebut merupakan satu pengiktirafan yang besar dan amat penting kepada ASEAN. Walaupun konflik antara Kampuchea dan Vietnam telah menyebabkan konsep ZOPFAN yang diamalkan dan telah dipersetujui telah tercalar. Namun, kerjasma ASEAN juga merupakan antara pihak yang memainkan peranan penting kearah perdamaian dan seterusnya mengekalkan keamanan di rantau ASEAN.
Pelbagai kejayaan dan pencapaian yang terhasil daripada pengenalan konsep ZOPFAN sememangnya telah meletakkan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang mampu mewujudkan persefahaman antara anggota-anggotanya. Melalui konsep ZOPFAN, Asia Tenggara tidak lagi menjadi sasaran kuasa-kuasa besar untuk menyebarkan pengaruh mereka. Oleh itu, konsep ini memeberikan impak positif kepada ASEAN kerana tidak perlu terlibat dalam persengketaan antara negara seperti yang berlaku di Asia Barat yang sentiasa bergolak disebabkan campurtangan kuasa asing. ZOPFAN bukan sahaja menjadi amalan dalam ASEAN tetapi berfungsi sebagai perintis kepada perjanjian lain yang juga menetapkan soal keselamatan serantau sebagai agenda utamanya.
CABARAN PERLAKSANAAN DASAR ZOPFAN
Apabila Dasar ZOPFAN ingin direalsasikan tugas ASEAN menjadi semakin lebih rumit kerana asia tengara yang hendak berkecuali itu tidak dihuni oleh Negara-negara yang homogen atau seragam. Pada dasarnya, ketika rantau tersebut boleh di ketegorikan kepada dua iaitu komunis dan bukan kjomunis. Tetapi dalam dua kategori itu pula terdapat system-sistem politik, social dan ekonomi yang berbeza. Ada antara meraka yang berhajat untuk menjadikan hogemoni serantau. Keadaan ini sahaja merupakan satu cabaran besar dalam menjayakan ZOPFAN.
1)Kampuchea dan ZOPFAN
Pencerobohan Vietnam di Kampuchea telah menjejaskan usaha pencapaian ZOPFAN kerana Vietnam merupakan negara terpenting di Indo-China yang diliputi oleh konsep tersebut. Penyelesaian ketenteraan yang dipilih oleh Vietnam di Kampuchea bercanggah dengan prinsip utama ZOPFAN yang berpendapat sebarang pertikaian boleh diselesaikan melalui rundingan politik tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar. Sokongan Russia kepada Vietnam dan penglibatan China di Kampuchea membimbangkan ASEAN kerana bahayanya kepada kestabilan serantau. Oleh itu ASEAN telah mensyaratkan Vietnam supaya masalah Kampuchea diselesaikan dahulu sebelum rundingan mengenai ZOPFAN diteruskan tanpa syarat.
2) Sokongan Kuasa-Kuasa Besar
Pergolakan di Kampuchea melibatkan Russia, Vietnam dan Kerajaan Heng Samrin di satu pihak dan China, Kerajaan Demokratik Kampuchea dan ASEAN di pihak yang lain. Motif sokongan Russia dan Vietnam terhadap ZOPFAN bercanggah dengan kehendak sebenar ASEAN. Sokongan moral China pula disebabkan oleh pertikaiannya dengan Russia. Amerika Syarikat walaupun tidak menentang ZOPFAN, tidak pula begitu senang dengan usaha ASEAN untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas dari senjata nuklear. Penolakan New Zealand, anggota penting ANZUS terhadap lawatan kapal perang nuklear Amerika di pengkalannya di masa pengaruh Russia bertambah kuat di Pasifik menambahkan lagi kebimbangan pentadbiran Reagan. China pula menganggap Asia Tenggara sebagai di bawah kawasan pengaruhnya dan tidak mungkin menerima pengwujudan Russia di Vietnam.
3) Minat Setengah Negara-Negara ASEAN
ZOPFAN ialah konsep Malaysia. Walaupun telah direstui oleh ASEAN, terhadap minat yang tidak seimbang terhadapnya di antara negara-negara anggota ASEAN.Minat penuh Malaysia dan Indonesia tidak seimbang dengan sokongan negara-negara Thailand dan Filipina.Thailand lebih condong kepada China, Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika dan Singapura pula pro-Amerika secara terbuka.
4)kesangsian Negara Vietnam terhadap ASEAN
Vietnam menyokong prinsip ZOPFAN tetapi mempunyai interpretasi sendiri tentang kandungannya. Kesaksian Vietnam terhadap sikap pro-barat sesetengah negara ASEAN dicerminkan oleh penekanan Vietnam kepada aspek pengecualian sebenar (genuine neutrality) dan kemerdekaan (independence) dalam konsep tersebut. Percanggahan ini terprestasi dan fahaman di antara ASEAN dan Vietnam ttimbul semasa rundingan peringkat awal mengenai ZOPFAN di Kuala Lumpur pada tahun 1971.
5) Dasar luar Negara ASEAN
hailand dan Filinpina yang sebelum ini bersama Malaya menbentuk ASA, persatuan asia tenggara, Ttidak menjadi anggota NAM, kerana mereka terikat dengan dasar pro-barat . Thailand dan Filinpina yang menjadi hos kepada pankalan tentera amerika syarikat, manakala Malaya menpunyai perjanjian pertahanan lima negara terdiri daripada inggeris, Australia,New Zealand, singpura dan Malaya. Sekiranya Malaysia mehadapi amcaman daripada luar khususnya Filinpina.apabila didesak pihak Astralia tidak sanggup menpertahankan kedaulatan Malaya sekiranya ia diserang oleh Filinpina. Akan tetapi bagi pihak Filinpina yang mendapat jaminan Amerika. Dasar pro-barat bertujuan untuk menpertahankan Malaya. Sebaliknya apa yang berlaku ia telah menjerumuskan negara ke dalam kancah persengketaan. Ini menyebabkan ketidakfahaman di antara negara ASEAN.
6) Menyakinkan kuasa besar untuk menjamin dasar berkecuali
Sedia kita maklum yang Negara Brunei masih menjadi tanah jajahaan Inggeris di mana dasar luar dan pertahanan Brunei masih di takbir oleh pihak Inggeris. Jika keadaan itu berkekalan, sudah pasti dasar perkecualian itu dilihat oleh semua pihak sebagai tidak sempurna, malah boleh dilihat sebagai idea alisme kosong semata-mata.Walaupun Amerika tidak teragak-agak untuk menyokong ZOPFAN kerana Amerika tidak ada masalah dalam hubungan dua halanya dengan negara-negara rantau ini. Akan tetapi, Negara China dan Soviet Union tidak begitu yakin ini kerana Inggeris masih berada di Negara bruneisedangkanhubunganduahalamerekadengannegara-negararantau Asia Tenggara ini tidak sebaik hubungan Amerika dengan Negara-negara berkaitan.ia menyukarkan usaha untuk meminta Soviet Union dan China keluar dari sekutunya di Vietnam, Laos dan Kampuchea.
IMPAK SOSIAL DASAR AMAN,BEBAS, DAN BERKECUALI (ZOPFAN)
Era pemerintahan Perdana Menteri kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak telah memperlihatkan peranan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN dapat dilihat dengan jelas melalui kewujudan Dasar Aman, Bebas dan Berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone Of Peace, Freedom And Neutrality (ZOPFAN). Dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971, Malaysia telah menyarankan untuk penubuhan gagasan ini.
Terdapat beberapa impak dari segi sosial yang dapat dikenalpasti melalui pengenalan dasar tesebut. Antaranya ialah ZOPFAN telah menyatukan semua negara anggota ASEAN dalam satu matlamat dan kesepakatan. Hal ini dapat dilihat apabila saranan Malaysia dapat diterima oleh negara anggota seperti Indonesia, Filipina, Thailand, dan sebagainya. Ketika Malaysia mengadakan mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, iaitu pada bulan November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani oleh negara-negara anggota sekaligus mengukuhkan lagi peranan Malaysia dalam memberi cadangan pengenalan dasar ZOPFAN tersebut. Para menteri luar telah bersepakat untuk mengisytiharkan setiap negara anggota ASEAN sebagai ZOPFAN. Keadaan yang baik ini dapat diklasifikasikan sebagai petanda baik kepada penambahbaikan setiap hubungan negara anggota ASEAN yang dahulunya dianggap dingin dan tidak baik.
Selain itu, pengenalan kepada dasar ZOPFAN juga memberi impak kepada kehidupan masyarakat di setiap negara anggota khususnya. Hal ini adalah kerana keamanan dapat dicapai melalui pengenalan dasar ini. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Eropah dan China dapat dihalang penguasaannya di setiap negara anggota ASEAN. Seperti sedia maklum, peranan ZOPFAN dapat merealisasikan negara yang kurang mendapat perhatian dan acap kali ditindas. Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam misalnya telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Justeru itu, Malaysia merasakan bahawa sudah tiba masanya negara anggota ASEAN untuk bergerak sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pengaruh kuasa-kuasa besar.
Bukan itu sahaja, impak sosial pengenalan dasar ZOPFAN kepada Malaysia juga dapat dikenalpasti keberkesanannya dari segi pertahanan negara-negara anggota. Hal ini adalah dsebabkan kerana Malaysia menyedari bahawa betapa pentingnya untuk mendapat bantuan dari negara hasil kerjasama serantau yang dijalankan. Melalui ZOPFAN, bidang pertahahan dapat dikongsi oleh setiap negara anggota dalam usaha mengekang perkara yang tidak diingini menimpa negara ASEAN. Bantuan tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi serta bekalan peralatan ketenteraan. Pengenalan kepada dasar ini mampu meningkatkan lagi hubungan pertahanan dengan negara anggota walaupun Malaysia mempunyai tanggungjawab terhadap prinsip kawasan ZOPFAN tersebut. Malaysia beranggapan bahawa bidang ketenteraan tidak seharusnya diketepikan terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan tempatan untuk menghadapinya.
Selain itu, kerajaan dibentuk mengikut citarasa dan keperluan rakyat di dalam Negara. Kerajaan yang bersistematik haruslah bijak dalam memastikan keamanan dari segi sosial, ekonomi dan politik di dalam Negara terpelihara. Negara yang aman dan mempunyai asas politik yang stabil akan memberi kemudahan dan kemewahan kepada rakyat. Ini kerana sebuah Negara yang stabil dari segi asas politiknya, secara tidak langsung ekonomi di Negara tersebut akan berkembang pesat Apabila rakyat hidup dalam keadaan mewah rakyat akan berpuas hati dan tidak akan menimbulkan huru-hara kepada kerajaan.
Dalam usaha kerajaan mewujudkan keamanan dan ketertiban Negara,kerajaan haruslah menggunakan cara yang berdiplomasi iaitu dengan mencari pengaruh-pengaruh yang boleh menyokong kerajaan dengan menggalakkan penubuhan persatuan-persatuan yang pro-kerajaan. Melalui penubuhan persatuan ini, lebih mudah bagi kerajaan menyebarkan ideologi dan pengaruh mereka kepada rakyat. Contohnya penubuhan Rakan Muda, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia(PEMADAM),Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan sebagainya.
Perpaduan dan keharmonian menjadi tunjang kepada keamanan dan kesejahteraan Negara. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bangsa, pelbagai anutan agama dan mestilah mempunyai pelbagai pegangan hidup dan pelbagai budaya. Keadaan ini sudah semestinya memerlukan tolak ansur antara masyarakat dan kerjasama antara kaum dalam membina sebuah Negara yang aman. Oleh yang demikian, kerajaan merupakan institusi tertinggi yang memainkan peranan dalam mengawal keseimbangan kaum di Negara ini. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan penyataan ini, rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum harus mempunyai sikap tolak ansur agar peristiwa pahit Negara iaitu 13 mei 1968 tidak lagi berulang untuk kedua kalinya.
Usaha kerajaan perlulah berterusan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian kaum. Dalam sistem pendidikan, perlu diterapkan nilai-nilai perpaduan antara sesama kaum contohnya dalam pembelajaran sivik,moral dan kenegaraan. Ini kerana generasi alaf baru merupakan generasi yang akan meneruskan perjuangan masa hadapan. Oleh itu, genarasi baru ini haruslah dipupuk dengan perpaduan dan kerjasama sesama kaum dalam Negara.
Ideologi-ideologi anasir yang berkepentingan sendiri yang akan menggugat dan menimbulkan isu perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum juga perlulah disekat agar tidak mempengaruhi rakyat dan menimbulkan kekecohan. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang telah dtubuhkan pada 1960 merupakan satu akta yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal sesetengah pihak yang lantang mengkritik kerajaan secara terbuka. ISA digunakan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingannya malah ISA dapat menyekat ideologi-ideologi yang berunsur pemberontakan. Di Malaysia, Pesalah ISA merupakan pesalah yang didakwa atas tuduhan mengishytiharkan perang ke atas duli yang mulia Yang di Pertuan Agong. Dikenali sebagai keganasan putih (white terror),15 ISA amat ditakuti dan amat dibenci walaupun ia merupakan alat untuk kerajaan membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Walaubagaimanapun ISA ini tetap diteruskan sehingga kini bagi memastikan kuasa kerajaan tidak terjejas dan memastikan tidak ada golongan yang akan mula mencetuskan pergaduhan dan pemberontakan.
Pihak kerajaan telah menjalankan kempen perpaduan ini sejak berkurun lamanya, iaitu sejak dari kemerdekaan Negara dan bebas dari ancaman penjajah dan pengganas. Ini kerana setiap kerajaan yang memerintah itu perlu memastikan rakyatnya bersatu padu dan hidup dalam keaadan harmonis supaya ekonomi,sosioekonomi,politik dan Negara Malaysia mencapai hasrat enam cabaran dalam wawasan 2020 .
Dalam aspek sosial,lambakan pendatang asing telah mendatangkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada rakyat tambahan pula terdapat pendatang asing yang masuk ke Negara ini tidak melalui cara yang sah. Kemudahan keluar masuk dalam Negara ini menjadikan pendatang tanpa izin semakin ramai dan kebanyakan jenayah yang dilakukan mereka tidak dapat dikesan. Selain daripada itu lambakan pendatang juga akan menyebabkan kecelaruan budaya dalam masyarakat negara ini. Contohnya berlaku peristiwa remaja-remaja perempuan yang dibawah umur dibawa lari ke Lombok, Indonesia tanpa pengetahuan ibu bapa remaja tersebut oleh warga Indonesia yang datang ke Malaysia.
Menurut Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, kehadiran berjuta-juta pendatang asing boleh menyebabkan taraf kehidupan rakyat Malaysia menurun. Menurut beliau lagi,ada pendatang asing yang membawa nilai atau cara hidup yang tidak sesuai dengan keperluan tatasusila sosial di Malaysia. Keadaan ini merupakan salah satu ancaman kepada Negara dari aspek sosial yang mana wujud masalah kekeliruan dalam perbezaan budaya yang ketara dan juga pembawakan budaya yang kurang baik untuk diikuti masyarakat Malaysia.
CABARAN PENAMBAHBAIKKAN DASAR ZOPFAN
MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN KUASA BESAR:
Di bawah kepimpinan Tun Razak, terdapat sedikit perubahan telah dilakukan terhadap Dasar Luar Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN). Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika Tun AbdulRazak membuat law atan rasmi ke negara China pada tahun 1974.
SOKONGAN DARIPADA NEGARA-NEGARA ASEAN:
Sokongan daripada negara anggota ASEAN seperti Malaysia,Indonesia,philipne,Singapore, Thailand, Kemboja dan lain-lain perlu bagi menjayakan konsep ini. pengenalan konsep ZOPFAN yang menjadi perintis kepada banyak perjanjian selepas itu. Melalui pelaksanaan KBSN negara-negara Asia Tenggara dilarang untuk menempatkan senjata nuklear di kawasan rantau ASEAN. Dalam dasar ini juga negara ASEAN juga tidak boleh memebenarkan pihak asing untuk menempatkan tentera mereka dan juga tidak membenarkan kuasa asing untuk membina pangkalan tentera mereka di Asia Tenggara. Hal ini dilakukan kerana mengelakkan negara ASEAN daripada terlibat dengan konflik antarabangsa. Kekalutan politik di Kampuchea merupakan perkara yang disebabkan di mana negara Vietnam telah menceroboh Kampuchea. Campurtangan pihak asing dalam isu pencerobohan Kampuchea oleh tentera Vietnam khususnya kuasa besar seperti Rusia, Amerika dan China ,merupakan kesan daripada negara ASEAN yang membenarkan pembabitan mereka. Oleh itu, dengan pelaksanaan SEA-NWFZ, Asia Tenggara secara tidak langsung bebas daripada pengaruh kuasa asing.Oleh itu,bagi menjayakan konsep ini sokongan dari semua negara anggota amat di perlukan.
Pemeteraian perjanjian persahabatan dan kerjasama Asia Tenggara(TAC) juga merupakan salah satu kejayaan yang dapat dicapai melalui pengenalan konsep ZOPFAN. Ini kerana perjanjian ini merupakan lanjutan selepas ZOPFAN diperkenalkan. TAC yang ditandatangani di bali sewaktu persidangan ASEAN 1976 telah menetapkan semua anggota ASEAN harus menyelesaikan konflik secara berdiplomasi dan bukan dengan cara ketenteraan. Sebagai contoh dalam isu pulau ligitan dan sipadan di sabah, walaupun pada mulanya Malaysia dan Indonesia menghantar tentera ke kawasan terbabit namun ia hanya dilakukan kerana bimbang pencerobohan sesuatu pihak akan berlaku. Namun, pada akhirnya konflik tersebut dapat diselesaikan menggunakan saluran diplomasi sebagaimana yang di tuntut dalam perjanjian-perjanjian ASEAN sebelum ini.
KESIMPULAN
Konsep ZOPFAN yang di tunjangi oleh ASEAN telah membuka satu demensi baru dalam hubungan luar negara Asia Tenggara. Dalam konsep dasar ini, secara tidak langsung rantau ASEAN bebas daripada pengaruh yang boleh menyebabkan kewujudan suasana yang tidak tenteram di Asia Tenggara. Konsep ZOPFAN ini sememangnya dapat menjamin keamanan di rantau ini jika konsep ini diamalkan mengikut persefahaman dalam deklarasi Kuala Lumpur. Ini disebabkan dengan kewujudan konsep ini membolehkan setiap negara ASEAN mempunyai panduan untuk mewujudkan keadaan yang aman di rantau ini. Pengenalan pelbagai persefahaman seperti forum serantau ASEAN, kawasan bebas senjata nuklear dan perjanjian persahabatan dan kerjasama ASEAN merupakan antara agenda dalam merealisasikan ZOPFAN.
Namun demikian, walaupun konsep ZOPFAN ini didukung oleh semua negara ASEAN jika ia tidAK mendapat sokongan daripada kuasa-kuasa besar dan pertubuhan antarabangsa yang lain, sememangnya agak sukar untuk ASEAN mengekalkan dasar tersebut. Oleh yang demikian, ASEAN memerlukan sokongan khususnya daripada daripada negara anggota sendiri dan juga sokongan daripada pertubuhan antarabangsa yang lain agar prinsip yang termaktub dalam dasar tersebut dihormati oleh semua negara. Selain itu, kerjasama negara ASEAN sendiri dalam mengelakkan konflik di rantau ini amat penting untuk menunjukkan konsep ini diamalkan dan dihormati sepenuhnya.
Secara kesimpulannya, ZOPFAN merupakan satu dasar yang amat penting dalam menjamin kestabilan di rantau Asia Tenggara. Kewujudan dasar ini menunjukkan ASEAN sentiasa mendukung semua cadangan dalam mewujudkan keamanan diseluruh dunia. Namun demikian, ASEAN mestilah sentiasa bersatupadu dalam menjaga kestabilan di rantau ini bagi menarik sokongan daripada pelbagai pihak.
*********************************************************
ni hasil kertas kerja isu-isu semasa...